DOAKAN ISTERI KU SEMAN

SAYA mendapat makluman dari KEPEZI ON LINE, pesan daripada Bonda Zaharah Nawawi begini.

Warga Kol yang cakna,
Petang ini saya dimaklumkan oleh Ku Seman Ku Hussein isterinya tenat, kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya wad 12U kerana sakit jantung dan perdarahan dalaman. Dia bertunggu bertangga di sana.
Sebagai orang yang sering memenuhi permintaan kita untuk menyiarkan karya-karya yang kita hantar ke MM, mari kita melawat Ku Seman di PPUM. Saya sendiri akan ke sana esok atau lusa. – Zaharah Nawawi 14/10/08.

Ya, ziarahlah. Dan marilah kita mendoakan kebaikan untuk isteri dan kurnia sabar buat Ku Seman sendiri. Orang kecil, jarang dapat perhatian kita. Kita yang kecil ini kadang-kadang sering mahu perhatian orang besar-besar. – al-Kurauwi.

Advertisements

4 thoughts on “DOAKAN ISTERI KU SEMAN

  1. Asalamualikum! Saya dan isteri telah pergi melawat isteri Ku Seman di Hospital Universiti wad 12U (bilik no. 32) petang semalam, setelah membaca berita e-mel dalam kol oleh PZ. Meskipun kesihatan isterinya kelihatan beransur, akan tetapi masih serius lagi. Beliau sedar, tetapi dalam keadaan yang tidak selesa dengan pelbagai wayar dan alat pembantu penafasannya. Mari kita sama-sama berdoa agar beliau kembali sihat dengan segera.
    Ku Seman terpaksa menunggu isterinya siang malam di hospital. Kesian dia, tentu dia perlukan banyak belanja untuk turun naik hospital. Saya cadangkan warga Kepezi menubuhkan sebuah tabung derma dan warga Kepezi boleh menederma seikhlas mungkin untuk tabung ini.

  2. Innalillah wa Inna Ilaihi Raji’un.

    Saya Mendapat mesej daripada Pak Razali, isteri saudara Ku Seman Ku Hussein meninggal dunia. Al-Fatihah.

  3. Terima kasih Rozlan (celikhuruf),
    Entah mengapa membaca pengalaman Bonda Zaharah saat-saat terakhir beliau bersama-sama isteri Ku Seman begitu menyentuh hati:

    “Rupanya ramai juga warga Kepezi yang menyahut saranan saya agar ziarah isteri Ku Seman di Hospital. Saya ke sana Jumaat lalu (bukan Ahad seperti yang saya maklumkan dalam kol semalam). Sebaik tiba di wad 12U, saya menghadapi masalah untuk mencari katil mana beliau ditempatkan.

    Sejujurnya saya tidak mengenali isteri Ku Seman. Saya tanya di kaunter, di bilik mana isteri Ku Seman? Lelaki yang besar tinggi itu bertanya nak melawat siapa? Saya jawab isteri Ku Seman. Dia tanya lagi, siapa namanya? Kita hanya mencatat nama pesakit, bukan suaminya.”
    “Cuba telefon Ku Seman,” kata Midah. Rupanya waktu itu Ku Seman balik sebentar ke pejabat. Macam mana pun Ku Seman beritahu saya nombor katil isterinya.

    Sebaik kami masuk tiada siapa di sisi katil isteri Ku Seman waktu itu. Saya meredupkan mata memandang wayar yang berselirat. Seorang jururawat menghampiri kami. Dia memberitahu “Shima sudah lebih baik dari semalam. Dia sudah boleh beri isyarat jika hendakkan sesuatu. Kalau kita beri arahan pun dia faham.” Kira dia mahu bersalam. Saya pantas menghulur tangan. Aduh, sedihnya, dia berusaha mengangkat kepala untuk mencium tangan saya. Waktu itu air mata saya sudah berkumpul dalam kelopak.

    Beberapa minit kemudian datang sepasang suami isteri. Yang perempuan memperkenalkan diri sebagai ‘kakak ipar Shimah,’ Hashimah cuba bercakap dengan kakak iparnya namun tiada siapa dapat menangkap maksudnya kerana dalam mulutnya juga ada alat pernafasan dan tali kain yang merentangi kanan kiri gigi bawahnya. Saya cadangkan agar diberi pen dan kertas supaya dia boleh menulis apa yang hendak disuarakan.

    Memang dia faham cakap saya. Dia memberi isyarat hendak menulis. Kami berikan pen, jururawat berikan kertas. Dengan dibantu kakak iparnya dia menulis dengan payah: “Mak I mana?” Kakak iparnya menoleh kami serta suami: “Dia dah tak ada emak. Sudah meninggal.” Shima beri isyarat lagi mahu menulis. Sebaik dipegangkan kertas beralas beg duit kakak iparnya dia menulis (tentu tidak sempurna tulisannya namun masih boleh dibaca) “Mak U mana?”

    Saya dan Midah berpandangan. Dia menulis lagi, “Mana mak tak datang?” Waktu itu saya telan air mata. Midah yang sudah bertukar merah biji mata putihnya segera menapak ke katil bertentangan di hujung katilnya. Kami menahan tangis dengan memandang orang tua yang yang sakit asma sedang dibacakan yasin di hujung katilnya.

    Ketika kami cuba memujuk hati, masuk seseorang dari RTM. Bilik pun semakin sempit kerana penziarah semakin bertambah. Saya minta diri untuk balik. Berapa kali sesat barat turun lif naik lif bukan kerana tidak tahu tapi kerana kami tidak beri tumpuan pada jalan pulang, asyik melayan perasaan sedih sampai di mana kereta diletakkan pun kami lupa…, – Zaharah Nawawi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s