PETUA JADI ORANG 2

Tanda orang berbudi bahasa, bila bercakap tahukan rasa
Tanda orang berdada lapang, tahu menjaga perasaan orang
Tanda orang berbudi pekerti, perasaan orang ia fahami.

SEORANG kenalan marah-marah apabila smsnya tidak berbalas. Saya kata, sms ruangnya sempit untuk menjawab setiap permasalahan hukum agama. Perkataannya tiada emosi. Jika tiada emosi, lenggok bahasanya sering disalahtafsirkan.

Tanda orang tulus dan ikhlas, bila bercakap berjelas-jelas 
Tanda orang cerdik dan pandai, berjels-jelas dalam bercurai.

SEORANG kenalan berkongsi rasa mengadu kerana suami menggunakan sms untuk melempiaskan kemarahannya. Saya kata, itu suami yang bacul. Mengapa takut berhadapan dengan isteri, sedang tunang dan nikah dengan bahasa yang indah-indah bila selisih guna bahasa yang pedih-pedih.

Siapa bercakap berkeras lidah, aib tersingkap malu terdedah
Siapa bercakap berkeras lidah, budinya buruk akal menyalah
Siapa bercakap berbalik lidah, hatinya pesong imannya goyah
Siapa bercakap berbalik lidah, hatinya bengkok budinya rendah

Sebahagian Teks dari buku ‘Kearifan Orang Melayu Berbahasa’ Dr. Tenas Effendy – al-Kurauwi

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s