SYABAS ORANG JASIN

header-bg

DULU kami cukup terkilan dengan isu anugerah  Dato’ kepada Shah Rukh Khan, tetapi sejuk semula apabila menerima e-mel Saudara A. Hamid Asri dari Jasin begini:

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada PBT Jasin kerana nampaknya telah bertindak dengan sewajarnya menurunkan banner yang tidak menghormati bahasa kebangsaan pada hari Jumaat lepas.

Saya juga berharap selepas ini tiada lagi mana-mana pihak yang ingkar dan terang terangan memasang iklan gergasi mahupun kecil yang tiada mengutamakan BM di bahagian atas.

Diharap pihak PBT dapat memantau kedudukan ini sepanjang masa. Adalah lebih baik diminta kelulusan PBT dahulu sebelum memasangnya. Jika tidak tindakan menurunkan akan dilakukan. Begitu juga pekedai yang membuat papan iklan kedai yang langsung tidak mencerminkan nilai Malaysia tetapi sebaliknya nilai seperti di India. Contohnya kedai kain India yang  terletak sebaris dengan banner yang  telah diturunkan.  Saya akan kirimkan  photo  apabila berpeluang nanti supaya tuan/puan dapat menilaikannya.

Saya bukanlah terlalu fanatik akan hal ini tetapi kita kena akui di mana bumi kita berpijak, maka disitulah langit dijunjung.

Sekian dahulu warkah saya kali ini. Saya sekali lagi mohon maaf jika ada pihak-pihak yang merasa tidak senang hati akan aduan saya ini.

Terima Kasih.

“Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita”

Yang benar,

A. Hamid Asri
Jasin.

Saya jawab begini:

Saudara A. Hamid Asri.

Saya ingin mengucapkan rasa takzim dan penghargaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kepada saudara atas komentar saudara kepada PBT Jasin mengenai isu mendaulatkan Bahasa Kebangsaan terutamanya yang melibatkan papan tanda jalan dan juga papan iklan.

Dalam isu memartabatkan Bahasa Kebangsaan, DBP bukanlah juaranya. Dengan lain perkataan, DBP tidak mampu untuk turun padang ke segenap pelosok tanah air memantau dan menegur penggunaan bahasa Melayu yang betul. DBP memerlukan ‘juara yang tak didendangkan’ seperti saudara. Pada kami, kecintaan bahasa Melayu itu bukanlah pada papan tanda atau papan iklan, tetapi yang lebih berharga daripada itu ialah di JIWA sanubari rakyat Malaysia.

Sesungguhnya saudara salah seorang warga Malaysia yang meletakkan bahasa Melayu di jiwa. Tegasnya, saudara bukanlah fanatik, tetapi sangat prihatin. DBP sangat setuju dengan pandangan saudara bahawa di mana bumi kita pijak maka di situlah langit dijunjung. Bak kata pepatah berbilang Melayu:

Tanda orang berbudi bahasa, bila bercakap tahukan rasa,
Tanda orang berdada lapang, tahu menjaga perasaan orang,
Tanda orang berbudi pekerti, perasaan orang ia fahami.

Sekian. Terima kasih.

”BAHASA JIWA BANGSA”

p/s: Orang macam Encik Hamid patut dapat dato’ – al-Kurauwi

Advertisements

4 thoughts on “SYABAS ORANG JASIN

  1. Sdr Ibnuahmadalkurauwi,
    Kecintaan bahasa Melayu itu bukanlah pada papan tanda atau papan iklan, tetapi yang lebih berharga daripada itu ialah di JIWA sanubari rakyat Malaysia. Perjuangkan bahasa Melayu bukan fanatik tetapi prihatin.

  2. Satu-satunya harta yang kita ada sekarang ini…
    Ataupun memang kita tak sayang harta. Tapi bersedialah untuk bangkrap.

  3. hahahha……memang saya setuju sangat-sangat tindakan tersebut. Terutama bandar Jasin itu tidaklah sebesar mana, dan mudah sangat orang-orang luar memerhati lalu temukan titik tidak enak di situ….(bahasa yang umpama kacang marba dan tidak memberikan simbol yang sepatutnya)

    Adakalanya kita kena tegas dengan mereka tersebut. Kalau tidak, ibarat kaduk mencucuk mata!

    Tahniah PBT Jasin…..

    hehehehe

    psst, maza kagum dengan bandar Kuala Terengganu, walaupun ia membangun dengan pesat, tetapi tulisan Jawi masih segar dan terpamer indah di papan tanda iklan dan kedai-kedai di sana.
    Tidak kiralah kedai itu Melayu punya, Cina mahupun India……atau lain2 bangsa.

  4. semutar kata……

    ahahahah…..kalau hanya tahu berdendang sana sini dengan falsafah tetapi tidak dilaksanakan hukum…tiada guna juga…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s