MENCARI WA ODE WULAN

cari-aku-di-canti

KAMI kenal tidak lama. Ketika itu gadis bernama Wulan ini kebetulannya satu kumpulan dalam Bengkel MASTERA Cerpen 2008 di Bogor. Dia datang dengan sebuah buku ‘Kumpulan Cerpen: Cari Aku Di Canti’. Semangat untuk mengumpul hasil cerpen meluap-luap sebaik mendengar proses kreatifnya dalam bengkel. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya memiliki senaskhah kumpulan cerpennya, setelah begitu berani mengecek.

Kini, Wulan sudah lama hilang, langsung tiada perkhabaran lewat khabar ibunya kembali ke rahmatullah. Pada majlis penutupan MASTERA lagi tampang tubuhnya sudah tiada. Kata Ragdi, rakan Semastera “‘Cari Aku di Canti’ menang Khatulistiwa literary Award kategori Penulis Muda. Bukunya menarik, bahasanya cantik bak orangnya dan tidak terlalu keindonesiaan seperti kata-katanya di bawah ini:

Aku ingin jadi daun, jadi ranting, jadi embun dan angin. Sekadar menyadap bau-bau rerumputan siangik, paku rangsang, dan ilalang menguning. Mengukuhkan pohon-pohon sialang, sikaduduk, kempasm, rumbai dan batang-batang sungkai. melarutkan diri dalam keberadaan.

Ah, atau aku menjadi laut saja yang bergemuruh, bergelombang. Yang membasahkan segala pasir di tepian dan menghanyutkan setiap rasa yang membelenggu hati. Tapi, aku takut jika harus menguapsebab terbakar matahari, sungguh aku takut. Karena aku tahu kau tak akan dapat menemukan jejak asin yang kutinggalkan pada pasir, pada karang, dan pada krakatau yang menjulang, sehingga Canti hanya tinggal sketsa kusam saja yang terselip di antara puing-puing rinduku padamu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s