SAYA dimaklumkan pada 20 Disember 2008, Sabtu – 8.30 pagi bertempat di Dewan Kuliah, Aras 4 Menara DBP diskusi Karya Pak Malim akan dilangsungkan.
Majlis bermula jam 8.30 dengan sedikit perasmian. Pada pukul 9.30 – 10.30 pagi : bermula Diskusi I – Novel Daun yang dibicarakan oleh guru-guru saya: (1) Dato’ Dr. Anwar Ridhwan (2) Prof. Emeritus Dr. Budi Darma (Cerpenis tersohor Indonesia)
Selepas Jamuan Ringan sekitar 11.00 pagi – 1.00 tengah hari : bermula Diskusi II – Kumpulan Cerpen Ini Chow Kit Road, Sudilah Mampir! Pembicaranya seperti : (1) Sdr. Mohamad Saleeh Rahamad (2) Helvy Tiana Rossa (juga guru Mastera saya).
(Tokoh Cerpenis Mastera. Dari kiri: Pak Zefri, Pak Budi Darma, Pak Malim, Ibu Helvy, Ibu Oka Rusmini dan Pak Yazid)
Andai mahu menukar rasa angin kepengarangan dari tokoh cerpenis tersohor Indonesia, jemputlah hadir beramai-ramai. Makan ditaja hingga ke petang – al-Kurauwi.