BICARA IOWA DAN BOGOR DI BERITA HARIAN

bogor

DENGAN tajuk Liputan Luas Jaya Program Penulis, cadangan Kanda Nisah Haron lewat Apresiasi Sastera di DBP pada 20 Disember 2008, menjadi ‘tagline’  dalam ruangan sastera, akhbar Berita Harian, 1 Januari 2009. Terima kasih kepada wartawan Rashiqah Ilmi Abd Rahim yang setia kepada majlis hingga ke petang.  Sayang, kalau ada Nazmi yang turut memberi liputan, barangkali tahun program itu dilaksanakan dapat dibetulkan.

MEDIA massa diminta memberi liputan meluas kepada pengarang yang dipilih mengikuti program penulisan peringkat serantau dan antarabangsa kerana mereka memikul tanggungjawab menguar-uarkan maklumat berhubung sastera Melayu khalayak asing.

Selain itu, penganjur juga diminta menambah biaya kepada mereka yang dipilih menyertai program seumpama itu bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran di samping menjelajah peluang berkarya secara lebih luas tanpa kongkongan biayai.

Perkara ini disinggung pada Majlis Aspresiasi Sastera: Bicara Iowa dan Bogor di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, baru-baru ini, yang menampilkan peserta Program Penulisan Iowa 2008 di samping Program Penulisan Mastera 2008.

Peserta Program Penulisan Universiti Iowa, Amerika Syarikat, Malim Ghozali PK, berkata pengalaman yang diperoleh ketika mengikuti program terbabit selama tiga bulan memungkinkannya memperkenalkan sastera Melayu kepada khalayak asing, malahan turut memberi inspirasi dalam penciptaan karyanya.

“Ketika lawatan ke luar kota di Suburb Iowa City, saya berkesempatan mencipta puisi. Rumah Bot dan berpeluang mengikuti ceramah, mendeklamasikan puisi, membaca karya dan perbincangan yang disertai 23 peserta berlainan bangsa dan bahasa,” katanya pada majlis yang dipengerusikan Ketua Bahagian Sastera Antarabangsa DBP, Zaiton Ajamain.

Beliau turut berpuas hati dengan bengkel ‘alih bahasa’ yang turut disediakan pada program penulisan terbabit bagi memudahkan masyarakat di Iowa City memahami karya pengarang kreatif dari negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris.

Peserta Program Penulisan Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) di Bogor, Indonesia, Azman Ahmad, pula berpuas hati dengan pengalaman yang dapat ditimba bersama-sama 20 penulis muda lain dari dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura sepanjang menjayakan acara terbabit.

“Menariknya, peserta diberi pendedahan mengenai teknik penulisan puisi dan cerpen dengan bimbingan Editor Majalah Horison, Jono Ariadinata. Kami turut dibimbing Helvy Tiana Rosa, Mohammad Ghazali Abdul Rashid, Yazid Hussein dan Oka di samping mengikuti ceramah pengarang Indonesia, S Danarto dan Putu Wijaya,” ujarnya yang berharap lebih ramai penulis muda tanah air dapat menyertai program sedemikian.

Program kelolaan Pusat Bahasa Indonesia dengan kerjasama DBP, DBP Brunei Darussalam dan Majlis Bahasa Melayu Singapura turut memberi penekanan kepada kepentingan mengangkat warna dan citra budaya tempatan kerana rantau Nusantara kaya dengan kepelbagaian etnik yang mempunyai tradisi tersendiri.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s