PALESTIN, CUKUPKAH DI MATA?

lost-of-land

MELIHAT peta Palestin sebelum dan selepas (1946-20000, hati saya tersayat lagi. Makar Yahudi masih segar di hati kita, tatkala tercetusnya krisis Israel – Lubnan bermula 12 Julai 2006 yang lalu. Ketika itu Israel turut menyerang Palestin di Genting Gaza dan kemudian menyerang hampir ke seluruh Lubnan terutama di Beirut. Belumpun reda segala keperitan, makarnya menumpahkan darah lagi. Gelodak jiwa dihamburkan dalam khutbah Jumaat, hari ini di DBP. Kata seorang sahabat, usai Jumaat, “Betapa, kami turut menitis air mata hari ini, moga doa kita sampai ke langit tinggi!” Apa, cukupkah di mata? bisik hati saya. Di bawah ialah sebahagian daripada teks khutbah untuk renungan kita. – al-Kurauwi

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Negara Palestin adalah tempat lahir dan tinggal sebahagian besar para Rasul dan Nabi Allah menyebarkan Islam, kawasan terletaknya Masjid al-Aqsa, tempat berlakunya Israk dan Mikraj dan kiblat pertama umat Islam. Menurut sumber sejarah, bangsa Yahudi hanya duduk memerintah selama 4 kurun sahaja semenjak zaman Nabi Allah Daud, Nabi Sulaiman dan dijajah pula oleh bangsa Parsi dan Rom selepas itu. Manakala umat Islam memerintahnya semula selama 12 kurun semenjak ditadbir oleh Saidina Umar R.A pada tahun 636 Masihi sehinggalah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan Ketetapan 181 pada November 1947.

Ketetapan ini telah membahagikan 2/3 tanah Palestin kepada pendatang haram Yahudi dan selebihnya diserah kepada penduduk asal Palestin yang sah. Akhirnya Yahudi berjaya menubuhkan negara Israel secara haram pada 1948 dengan sokongan Britain dan nasionalis Arab Palestin.

Kita amat kesal tanah tempat suci dan ibadah umat Islam dirampas bahkan menjadi tempat umat Islam Palestin dibunuh kejam. Sejak Yahudi menduduki Palestin pada tahun 1948 hingga kini dianggarkan seramai 282,700 orang rakyat Palestin telah terkorban kerana mempertahankannya. Serangan terbaru rejim Zionis Israel ke atas Palestin dalam beberapa hari ini menyebabkan kira-kira 400 orang Palestin lagi maut.

Bangsa Yahudi tidak pernah mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita, Nabi-nabi, Rasul-rasul Allah atau orang biasa. Mereka akan membunuh tanpa rasa belas kasihan dan hak. Ini dirakamkan oleh Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 157 yang bermaksud,
Maksudnya: ” Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka dan mereka kufur akan ayat-ayat keterangan Allah dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada suatu alasan yang benar dan mereka berkata: hati kami tertutup. Bahkan Allah telah memateri hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja. ”

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Persoalan besar timbul ialah mengapa Yahudi berterusan menjadi ganas dan kejam tanpa ada rasa peri kemanusiaan? Antara sebabnya kerana mereka terlalu taksub dengan kebangsaan yang kononnya dianggap sebagai bangsa pilihan Tuhan, bangsa yang disayangi Tuhan, malah memfatwakan halal menumpahkan darah orang lain yang bukan berbangsa Yahudi.
Harapan dan bantuan, marilah kita serahkan kepada Allah Azzawajalla, Tuhan segala manusia bukan kepada Amerika atau sekutunya bukan juga kepada setengah-setengah negara Islam yang turut bersekongkol dengan mereka. Laknat Allah selayaknya kepada negara Barat yang kononnya kuat mempertahankan hak-hak asasi manusia, kanak-kanak, wanita, orang tua tetapi berlepas tangan apabila berlaku pencabulan hak asasi dan penyembelihan yang berlaku kepada saudara kita di Palestin. Malahan penubuhan negara haram Yahudi Israel diiktiraf dan dijunjung pula oleh mereka sedangkan pergerakan Hamas yang memenangi pilihan raya secara demokrasi tidak pula mendapat pengiktirafan malah dikenakan dengan pelbagai sekatan serta diperangi habis-habisan

Oleh itu, mimbar Hukama hari ini, mengingatkan sidang Jumaat sekalian, agar janganlah ada dalam kalangan kita walaupun tidak bersubahat tetapi tindak-tanduk kita persis Zionisme dan terikut-ikut dengan sikap Yahudi yang kejam dan zalim kononnya atas perjuangan hak asasi manusia sebaliknya bersikap ‘Talam Dua Muka’, penuh penipuan dan tiada integriti.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Marilah sama-sama kita membantu saudara seagama kita di Palestin dalam pelbagai cara. Tidak cukup hanya memandang simpati semata-mata. Hulurknalha sama ada bersifat kebendaan atau sebaliknya mengikut kemampuan masing-masing. Saat ini, marilah sama-sama kita berdoa demi keselamatan dan kebebasan bumi Palestin daripada ancaman musuh-musuhnya. Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi dan Dr. Wahbah Zuhaili antara ulama terkemuka dunia menegaskan bahawa wajibnya umat Islam membantu saudaranya yang kesusahan dalam pelbagai aspek yang diperlukan walaupun kita terpaksa mengikat perut. Mimbar ini juga menyokong penuh fatwa Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi bahawa jihad pengebom berani mati khususnya di Palestin adalah tidak bercanggah dengan Islam dalam usaha mempertahankan Islam dan tanah air.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Mengakhiri khutbah, mimbar yang mulia ini, dengan mengambil semangat Hijraturrasul SAW 1430 hijriah ini, maka marilah sama-sama kita bermuhasabah diri, berhijrah ke arah ketaatan kepada Allah dengan menghentikan segala kezaliman, penipuan, fitnah dan buruk sangka. Tiada sudahnya kederhakaan yang melampau. Kejahatan demi kejahatan, penyelewengan demi penyelewengan sedangkan jarak neraka hanya uduk di antara dua jari kita sahaja. Percayalah akan janji Allah SWT melalui lidah Nabi-Nya yang tidak pernah berdusta bahawa andai ‘kemanisan’ nikmat yang kita teguk itu belum kita ubah, maka sesungguhnya itulah istidraj dari Allah untuk membalas kezaliman kita dengan hukuman dan azab yang tidak terperi dahsyatnya.

Daripada Nabi SAW bersabda, “Jika kamu melihat Allah memberi kepada seorang hamba habuan dunia atas maksiat yang dilakukannya dari apa yang disukainya, maka sesungguhnya itulah istidraj”. Lalu Rasulullah SAW membaca (surah al-An’am ayat 44) yng bermaksud:
“Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (untuk mendapat sebarang pertolongan)”. [Hadith riwayat Ahmad]

Teks Khutbah ini diberi penambahbaikan berasaskan teks khutbah Jabatan Kemajuan Agama Islam, 2 Januari 2009 – al-Kurauwi

Advertisements

9 thoughts on “PALESTIN, CUKUPKAH DI MATA?

  1. selalu saya menahan sebak tatkala dalam khalayak, namun saya biarkan jejehan airmata pabila sendirian…malam deklamasi puisi pena – palestin hampir juga saya menangis.. biar dada-dada penyair membakar embun malam, namun sukma saya gerimis…

    hingga kini banyak sudah retorik2 bersipongang. resolusi demi resolusi. dimana kesudahan.. ingin sahaja terbang dan mengamuk menyerang.. adakah ini sekadar angan-angan..

    dalam parllimen hari ini-bersipongang lagi janji-janji.. kita lihat kata2 itu ke mana pergi.. cadangan penubuhan pasukan tentera OIC.. retorik lagi?

    saudara… saya hanya nuri, yang ingin menjadi helang

  2. Saudara …, sayang kita tak sempat bersua walau dalam majlis yang sama. Saya kira menjadi nuri pun sudah lebih daripada baik daripada tidak berbuat apa-apa. Pernah dengar kisah burung pipit memadam api yang sedang marak membakar Nabi Ibrahim?

  3. Salam saudara…

    Pernah saya tatap kisah pipit memadam api namrud yg ingin membakar Nabi Ibrahim dalam majalah Tatih tatkala saya masih bertatih di sekolah rendah. Namun kadang2 ketemu versi sedikti berbeda pabila meningkat dewasa.Tika seklah rendah juga minat sastera saya berputik pabila ketemu Antologi Sajak pemenang hadiah sastera 70an. – paling pening sajak Meditasi-Kemala(lagipun mas tu kan masih budak).

    Ah… pemimpin kita hari ini mati-matian menunjukkan mereka prihatin terhadap isu Palestin.. harunya hati melihat dari awal hingga akhir hanya baca teks sahaja.. entah siapalah yg tulis..

    Saya sebenarnya agak lewat beransur pulang. Sempat tolong angkat kerusi. Sempat bersembang dalam pejabat lagi. Seronoknya jumpa Dato Baha Zain.

    Semoga selepas ini ada jodoh pertemuan kita… erm… lamanya tak ketemu Bonda Zaharah. Entah2 marahkan saya krn lama tak hantar cerpen. Sukar juga bila dah sebati dgn puisi nak masuk zon cerpen ni..

  4. Saudara Hasmora yang budiman,
    Kalau dah baca baguslah. Ambillah pengajarannya bahawa Tuhan akan bertanya tanggungjawab kita bukan orang lain. Teruskan menulis. Bonda leser, tetapi hatinya mulus. Masuklah KEPEZI ON LINE.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s