YAHDIKA YA FALASTIN!

kuburan

Di udara, tidak terjangkau tinggi, kamu mengepung kami dengan F-16 dan Aparche.
Di darat, kamu susun kereta-kereta besi dan pagar-pagar tinggi lagi berduri.
Di laut, tidak terenang tenaga kecil kami, sedang armada kamu menyekat bantuan dan makanan tanpa belas kasihan.
Tinggallah hospital-hospital kami, tempat yang tidak boleh lagi kami bersembunyi,
yang ada hanya doktor dan jururawat yang tidak punya bius dan ubat,
sedang ruang bergelimpangan tubuh-tubuh sendat dan wangi mayat-mayat!

Ya Allah, Yahdika ya Falastin!
Kami hanya punya dua tangan menadah keampunan dan ihsan pertolongan.
Kami menadah penuh pasrah agar Engkau turunkan tentera Ababil-Mu dari langit yang pernah menghancurkan Abrahah.
Belahlah lautan agar tenggelam armada lanun yang berwajah Firaun kerasukan.
Rekahkanlah bumi-Mu dan tumpahkanlah masin laut mati-Mu
agar larut tentera-tentera yang melata di tanah kami seperti kauhina kaum Nabi Lut!
Labbaika Ya Allah, Labbaika Ya Falastin!

– Ibnu Ahmad al-Kurauwi

Berita dan gambar karikatur boleh dilayari di Palestine Monitor 

Advertisements

One thought on “YAHDIKA YA FALASTIN!

  1. Ya Allah selamatkan bumi palestin..Lenyapkanlah rejim zionis dan sekutu-sekutunya sperti mana kerajaan abrahah dilenyapkan oleh Ababil.

    WE CONDEMN CRUELTY IN PALESTINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s