AKHIRNYA, NOVEL AMIZA MUNCUL!

amiza
BLURB
Dunia adalah angkasa, yang maha luas.
Angkasa adalah impian, yang begitu sayup.
Impian adalah bintang, yang tekal mengindahkan.

Amir, pemuda yang sabar, gigih dan penuh misi. Dia cekal mengharungi mehnah dan sentiasa meneguhkan ikhtiar demi cinta dan sebuah persahabatan. Amir menyalakan persahabatan yang hampir padam dengan kandil tabah. Ditemani seorang ibu penyayang dan teman perawan yang baik budi, dia betah meneruskan perjuangan. Amir ibarat mata hati pemuda Kemboja yang semakin tersasar dari landasan manusiawi. Dia membulatkan azam, membangunkan sebuah mercu di bumi Kemboja, menggalas impian ayah yang sentiasa menyala. Dibayangi kasih ibu, sokongan warga Kemboja, dan demi persahabatan yang selalu dirindu, dia nekad ingin menjadi bintang!

Tahniah, kesabaran akhirnya membuahkan hasil. – al-Kurauwi

Advertisements

7 thoughts on “AKHIRNYA, NOVEL AMIZA MUNCUL!

  1. tahniah, amiza! cantik kulitnya. menarik pembaca.
    kanda ustaz, alhamdulilah. kumpulan cerpen dinda telah terbit(terima kasih, kanda). mohon komen kanda tentang kulitnya(meski dah terbit).

  2. Rendra –
    Ah, jangan gitu dong. Masakan Karyawan terbaik Johor mahukan lagi komen dari Kanda yang baru merangkak-rangkak untuk menulis. 🙂

    Anuar –
    Saya sudah puas membaca novel Andrea. Mahu pula menunggu tulisan dari Anuar. Tidaklah kita menjadi pengurus orang selama-lamanya! 🙂

  3. Terima kasih ustaz & ren.

    Lebih gemar jika ustaz ulas dan komen sekali Menjadi Bintang dalam blog. Serasa, novel ini tidak mampu menandingi kesegaran Tinta Elipsis.

    Jazakallah,

    Amiza.

  4. kanda ustaz yang dikagumi,

    he.he.komen kulitnya kanda; ‘gambar hati di tapak tangan perempuan’..he.he.

    insya-Allah, bertemu kita di Malaka. kanda ikut sertakan.

    ren,
    jb.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s