PALESTIN: WAJIB QUNUT NAZILAH

langit-hitam

“Ya Allah ampunilah dosa kami, dosa saudara-saudara kami Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat. Ya Allah lembutkan serta satukanlah hati kami, perbaikilah keadaan kami, bantulah kami untuk kami menentang musuh-musuh-Mu, dan musuh-musuh kami.

Ya Allah, laknatilah golongan kuffar yang mendustakan para rasul-Mu dan membunuh wali-wali-Mu. Ya Allah cerai-beraikanlah kesatuan mereka, hancur-leburkanlah kekuatan mereka dan turunkanlah bala-Mu dan janganlah Engkau tangguhkan lagi untuk mereka yang penuh dengan dosa. Sesungguhnya dengan nama-Mu Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya kepada-Mu kami memohon perlindungan” – Umar al-Khattab

-Qunut Nazilah ini pernah dikatakan pernah dibaca oleh Khalifah Umar ibn al-Khattab. Qunut Nazilah adalah suatu amalan yang disyariatkan oleh Rasulullah s.a.w. Imam Shafie rahimahullah berkata: “Apabila turun musibah kepada kaum Muslimin disyariatkan membaca Qunut Nazilah pada seluruh solat wajib”. Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah pula menegaskan: “Apabila turun bencana kepada kaum Muslimin, hendaklah imam melakukan qunut dan diaminkan oleh orang yang berada di belakangnya”.

Dalam Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan Qunut Nazilah selama sebulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bi’r al-Ma’unah. Walau bagaimanapun jumlah pelaksanaan Qunut Nazilah ini tidaklah hanya terbatas selama sebulan sahaja, ada ulama menjelaskan bahawa ia boleh diamalkan sehingga musibah tersebut diangkat oleh Allah SWT daripada kaum Muslimin.  Gambar langit Gaza itu diambil dari  Islamonline al-Kurauwi

Advertisements

One thought on “PALESTIN: WAJIB QUNUT NAZILAH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s