SMS KEPUTERAAN KE-35

 hadiah

SEMALAM 21 Januari, dalam kesibukan ke hulu ke hilir bekejar saya menerima beberapa sms antaranya dari seorang sahabat, pesannya menyentuh jiwa:

Kita merupakan satu golongan yang dimuliakan Allah dengan Islam, apabila kita mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain daripada Islam, Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kita. – Umar al-Khattab. Selamat menyambut ulang tahun yang ke-35 – Shamsul, Penang (239 patah perkataan, 2 mesej)

Saya cuba membayangkan wajah Shamsul namun tidak terimbas. Bukan apa, sekadar untuk mengenang, berdoa buatnya tanda terima kasih. Seorang lagi sahabat lama, Azah namanya. Kami ber’Penpall’ sejak tingkatan dua, akrab walaupun sekolah lain-lain sehingga berumahtangga.

Salam, Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran ke-35. Semoga dipermudahkan segala urusan, sihat, murah rezeki dan berbahagia selalu. (123 patah perkataan)

Selain itu, saya dapat 2 mesej dari CELCOM! Pandai, ingat juga Pak CELCOM birth day saya. Heh, heh..

Happy Birthday! ENjoy 7 days free calls/SMSes to yr 8pax. Just reply BDAY YES before your birth date. Make sure yr account is active & yr 8pax is activated. (151 patah perkataan)

Terima kasih jugalah kepada Takaful IKHLAS, dalam pada Wishes Happy Birthday, turut juga mengingatkan insuran kereta dah nak mati! – al-Kurauwi

Advertisements

7 thoughts on “SMS KEPUTERAAN KE-35

  1. Puan Ainin,
    Terima kasih atas ingatan. Kadang-kadang sekadar baris-baris ucapan dari kawan-kawan lebih manis daripada sebuah hadiah. (Terharu nih.:()

    Dinda Anuar,
    Pesan Nabi, mendoakan sahabatnya di luar pengetahuannya adalah ciri doa yang mustajab. Abu Dzar al-Ghifari sentiasa mendoakan 40 orang sahabatnya sebelum berdoa untuk dirinya. Apapun terima kasih. Sekali-sekala kita pekena, rojak Penang depan Sekolah Rendah Setiawangsa!

  2. selamat hari lahir juga untuk kanda ustaz.
    ampun, dinda lewat gamaknya.
    insya-Allah, bersua kita di Melaka.

  3. al-Akh Hasmora,
    Terima kasih kerana memberi cincin tanda ukhuwah. Saya juga doakan Hasmora turut iberi kekuatan yang sama. Kalau ke DBP jemput 6 Februari, ada program Palestin, DBP bersamamu.

    Dinda Rendra,
    Terima kasih atas ucapan. Nampak gayanya tak dapatlah kita berjumpa di Melaka. Kanda dah tolak undangan atas masalah kesihatan.

  4. salam kanda ustaz,
    sayangnya tak dapat bersua. doa dinda agar kanda kembali sihat;
    mungkin perlu banyak berehat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s