hEPiBefDetuyu WaliD

befday

BARU-BARU ini si kecil, Amirah Aisyah (Anak saya yang kedua, baru darjah satu) sudah banyak kali minta dibelikan buku pad kecil, namun tidak saya endahkan.

22 haribulan yang lalu, sebaik saya pulang dari kerja, dengan senyuman sambil menutup dua batang gigi depannya yang hitam, dia sudah menunggu di hadapan pintu.  Dia menyerah sekeping ‘kad’ (sehelai kertas dari buku tulis garis satu yang dikoyak) yang bertampal kertas hijau di atas bertulis:

hepiBefDetuyu Walid. Selamat Ahkir tahun walid. Selamat untuk walid.

Kemudian di bawah kad tersebut si kecil Aisyah, menyenaraikan nama-nama berikut: Walid, mama, kakak, Aisyah, Insyirah, Atok, Tok Wan, Ma, Abah dan Ayah Su. Katanya, senarai nama orang yang dia sayang. – al-Kurauwi

Advertisements

10 thoughts on “hEPiBefDetuyu WaliD

  1. Ya, si Amirah Aisyah, memang kreatif. Biliknya sudah bertampal-tampal dan diubah meja (Yang boleh diangkat sahaja) beberapa kali, walaupun misai Walidnya menyinga.

  2. Ren, bukankah doa anak itu ialah doa yang tidak terhijab. Cepat-cepat cari jodoh Ren!

  3. Ya, bantulah selamatkan ‘mereka’. Kalau belum cukup duit, kawan-kawan boleh sedia bantu. Betul tak al-akh Hasmora?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s