NAFISAH DAN LAYAR IMPIANNYA

nafisah

BLURB

Ketika ayahnya hilang tanpa berita, Seri Cempaka masih begitu mentah dalam melayari kehidupan. Masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki dan masih begitu banyak yang perlu dipelajari. Namun dalam ketidakmatangan itu, dia melihat betapa gigih ibunya membanting tulang empat kerat demi memberi sesuap nasi untuk ia dan adiknya sehingga menimbulkan keinsafan dalam dirinya. Dalam diam-diam dia menyimpan impian yang setinggi gunung.

Tahniah Kanda Nafisah, perit jerih akhirnya membuahkan hasil. Tiada istilah gagal. Mata dan telinga ini turut sama berkongsi kenangan ‘Melayar Impian’ ini. Teruskan menulis! – al-Kurauwi

Advertisements

20 thoughts on “NAFISAH DAN LAYAR IMPIANNYA

  1. Salam Dinda, Ren,
    Kulit Novel, Kanda Nafisah direka cipta sendiri. Itulah hasilnya. Ah, apa kurangnya ‘Mazhab Cinta’!

  2. Tahniah Adinda Nafisah atas kelahiran novel pertama yang kulitnya pula dilukis sendiri penulisnya.
    Tahniah Adinda Ibnu Ahmad atas promosi yang bijak dan menarik.
    Semoga semuanya berjaya dengan cemerlang dalam semua bidang.

  3. Terima kasih Ustaz kerana masukkan kulit novel akak dalam blog.
    Terima kasih Ren, Mawar, Mansor dan Ustaz atas ucapan tahniah dan pujian tentang kulit novel. Tapi bak pepatah Inggeris ‘Don’t judge a book by its cover’ Bacalah dulu ye…

    Tentang tidak bertudung…perlu baca dulu ceritanya dan kesesuaiannya….

  4. Terima kasih Kzah. Gara-gara hendak ‘melukis’ sendiri novel lambat terbit. Insyaallah akan dihantar senaskah kepada Kzah nanti. Nama Kzah turut terpahat dalam penghargaan saya, siap dengan pantun ciptaan Kzah.

  5. Tahniah Kak Chik atas terbitnya novel sulung!

    Anuar, ya di PTS dasarnya mesti bertudung. Saya tak terpengaruh sangat dengan kulit muka sesuatu karya.

  6. Assalamualaikum,

    Kanda Mawar,
    Ada ketikanya penulis diminta mengarang wajah karangannya. Kata pereka kulit: “Ah, terlalu klise, bunyinya…,apa kata…,” Barangkali kulit Masitah, membenarkannya.

    SF,
    Lepas ni, Kak Nafisah kena hantar sebuah novel kat Pekan Ilmu. Hang pun lama betui, tak menyapa kami nooo…!

    Kak Cik Nana,
    Betul, jangan ukur baju, tengok kalbu. Tapi alangkah moleknya jika baju dan kalbu itu citra yang satu.

    Bonda ZN,
    Seronoknya, dapat melihat bonda ‘mencemar’ tinta di sini. Barangkali perjalanan Novel Kanda Nafisah ini boleh dijadikan sebuah novel baharu, Novel dalam Novel, macam novel Daun oleh Pak Malim Ghozali PK.

    Anuar dan Kinto,
    Oh benarkah? Baguslah kalau begitu. Ada dasar yang ditetapkan oleh syarikat penerbitan, bagus diguna pakai dan ada juga yang sebaliknya.

  7. Terima kasih atas ucapan dan komen yang membina.

    SF maaf tanya, Pekan Ilmu tu di mana? Kak cik mungkin ketinggalan agaknya.

    Tentang watak utama kak cik akhirnya bertudung juga (penulisnya pun bertudung kan?)….tapi tidak semestinya tidak bertudung seseorang itu tidak baik. yang bertudung tapi masih buat maksiatpun ramai ….yang penting ‘nawaitu’

    Kak cik tengah fikirkan tentang kerja promosi oleh Dawama (mungkin ustaz kita booleh usulkan kepada DBP dan Dawama). Kalau dengan hanya sekali cetak 3 ribu naskah rasanya kalau kena promosinya, tak sampai sebulan boleh habis. Difahamkan edaran dan jualan kebanyakkan di cawangan dbp (tak pasti semua negeri ada cawangan atau tidak.) Kalaupun cuma ada 10 cawangan termasuk diKL, DAWAMA hanya perlu hantar 300 buah buku ke sesuatu cawangan. 300 bukannya banyak jika dibandingkan dengan jumlah penduduk sesebuah negeri. Paling tidak cara mudah, buat promosi sekali dengan buku sekolah, kalau satu sekolah sanggup beli satu atau buah novel untuk diletakkkan di perpustakaan, bayangkan ada berapa ribu sekolah di seluruh negara.
    Ada lagi satu cadangan yang akan saya usulkan kemudian dalam KOL untuk dikongsi dengan ahli Kepezi. Kalau kita bersatu lebih mudah menjualnya. Insyaallah. Cuma cadangan sahaja….

  8. Ya, Kak Cik Nana,
    Kadang-kadang penulis bukan sekadar menulis, dia juga pelukis kulit dan juga pengedar + promosi = Tukang Darosi

  9. salam…
    saya nk tye je..
    kak nafisah tak ade blog sdiri ker?
    atau emel akak nafisah?
    sebab saya student yg tgh kaji pasal novel ni..
    saya rasa bertuah kalau dpt berhubung dengan penulis novel ni..
    bleh tolong x?

  10. salam,
    sy tlh membaca novel “Melayar Impian” karya Nafisah Haji Hussain. sy seronk mmbc novel ini hingga sy m’ambl kptsn utk m’kaji novel ini sbg axmnt yg tlh d berikn kpd sy. tp ada mslh skit dgn latar blkng pengarang Puan Nafisah Haji Hussain. sy sdh m’cari tp x jg sy temui. kalau blh d cni sy b’harp sngt blh d beritahu serba skit ttng latr blkng Puan Nafisah Haji Hussain.
    sekian terima kasih.

  11. Salam Naga,
    Cuba Naga hubungi melalui e-mel berikut nafisah@tmrnd.com.my Nanti saya cuba usahakan no telefonnya. Kalau Naga dapat e-mel kepada saya no telefon Naga, alangkah moleknya.

  12. asalamualaikum. dimana saya boleh menghubungi puan nafisah..? saya sedang buat kajian akhir menggunakan novel melayar impian. harap sesiapa boleh bantu saya. terima kasih.

  13. maaf, agak lama saya tidak jenguk diruangan ini.. ye.. saya masih memerlukan no hp puan nafisah. di sini saya sertakan no hp saya agar puan nafisah atau pihak yang terlibat boleh menghubungi saya.. 0172405476.. alamat email saya aisah6988@gmail.com..saya ada mengambil alamat email diatas dan sudah menghantar email kepada puan nafisah tetapi duka cita, saya tidak mendapat maklum balas dari puan nafisah.. saya amat memerlukan bantuan sesiapa agar dapat kiranya saya menghubungi puan nafisah.. terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu kepada pihak yang terbabit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s