PROSES KREATIF DLYBSSI

dia-lelaki

CERPEN: Dia, Lelaki yang Baru Saya Salam Itu, timbul setelah selesai solat Jumaat di Masjid Hukama’, DBP. Hari tersebut turut disempurnakan dengan Khutbah tentang Gaza beriring Qunut Nazilah dan solat hajat. Dalam khutbah saya menyentuh tentang boikot barangan Amerika termasuk rokok seperti Marlboro atau Benson & Hedges. Semangat boikot saya nampak di mata jemaah yang tidak tidur!

Selesai Jumaat, seorang kawan perokok menyapa. “Kami dah lama boikot Marlboro dan Benson & Hedges nih. Sebab tu kami hisap Dunhill atau Gudang Garam!” Mulutnya memuncungkan asap sedang kotak rokok Dunhil membengkak dalam kocek kemejanya.

Cerpen ini juga dihasilkan kerana mahu berkongsi reaksi dengan kekecewaan Setiausaha Gabungan Badan NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli yang hanya sekadar mampu menggelengkan kepala apabila kempen memboikot barangan Amerika Syarikat (AS) seolah-olah tidak dihiraukan oleh masyarakat.

Terima kasih atas sokongan dan reaksi positif daripada rakan-rakan penulis dan para pembaca. Cerpen ini sengaja ditulis secara santai agar impak boikotnya dapat dirasai oleh para pembaca. Terima kasih Berita Harian – al-Kurauwi.

Advertisements

4 thoughts on “PROSES KREATIF DLYBSSI

  1. salam bang haji,

    boikot ni patut di buat berpuluh-puluh tahun dulu dah. bukan setiap kali negara islam kena tindas.

    saya mula boikot/minimakan barang bapak kapitalis AS dari tahun 90an lagi. bukan sebab israel atau apa. memang tak suka cara kapitalis. kapitalis dan zionis berkait rapat juga.

    yang jadi masalah, kita bukan pengeluar. ada produk yang memang kita tak ada. kebergantungan inilah masalahnya. sekarang nak makan mee segera pun kita bergantung dengan orang non muslim.

    tapi selagi boleh boikot dan kutuk, kita buatlah…

  2. Saudara Rahimin,
    Ya saya setuju, selagi boleh boikot dan kutuk, kita buatlah. Di dunia ni, memang banyak yang ‘patut’, kalau nak diukur. Tapi percayalah, Tuhan tak tanya esok, apa yang ‘patut’, Tuhan akan tanya, apa yang kita dah buat! Salam ukhuwah.

  3. aduhhai, aku dah tulih panjang ni. awat tak kuar. takpela, boikot selagi boleh. uasahawan malaysia pun jgn duk kemaruk sgt dgn brg ‘depa’ tu. Kerajaan juga harus kenakan cukai tinggi2 brg depa tu biar depa takut nak masuk msia. beri bantuan modal pada warga tempatan terutamanya bumiputra utk keluarkan brg kita sndiri. ubah haluan bisnes, halakan kepada negara-negara di asia ni terutama yang Islam.

  4. Barangkali, perlu digali sirah dan dinilai semula bahawa boikot adalah sunnah nabi. Nabi sendiri lakukan boikot demi menghadapi dominasi Yahudi di Madinah. Lantas, boikot itu sunnah, memboikot dapat pahala. Allahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s