INSYIRAH SEDANG ‘SARAT’

insyirah

SAYA tidak tahu adakah Insyirah yang sedang sarat mengandung atau saya yang sedang sarat mengandungkan Insyirah. Kata kawan-kawan, bukan saya sahaja yang sarat mengandungkan Insyirah, yang terlebih bulan itu, editornya juga sarat dan Kekanda Sinaganaga juga sarat-barat turut mengendungkannya juga. Semuanya harus dipaksakan kelahiran daripada rahim ibunya Februari ini juga.

Dek kecanggihan teknologi ‘pengimbas perut’, gambar di atas ialah draf pertama rupa wajahnya. Terimalah buah tangan saya yang kedua selepas Tinta Elipsis.  Sepenuh jiwa yang mulus saya menulis. Moga dari jiwa saya, turunnya ke jiwa anda juga. al-Kurauwi

Advertisements

10 thoughts on “INSYIRAH SEDANG ‘SARAT’

  1. Anuar,
    Amboi semenjak dua menjak ni cukup pandai bermain kata-kata. Terima kasihlah jadi penjamin ‘anak’ supaya mudah pecah air ketumban. 🙂

    Rozlan,
    Tahun ni, kalau ada rezeki saya, ada dua lagi ‘baby’ dalam rahim mamanya. Seorang sudah cukup sifat, tunggu ‘mama’nya sahaja kata: Yob, lulus, boleh keluar. Keluarlah dia dengan jayanya. Mungkin Rozlan salah seorang bidannya. Satu lagi, barangkali peringkat ‘Mudghah’ pembentukan tulang dan daging. Harap-harap selamat.

  2. Anuar, Rozlan,
    Insya-Allah, kalau ketiga-tiga molek keluarnya tahun ni, kita buat akikah sama-sama.

  3. Ren,
    Eloklah tu Ren, cepatlah menikah boleh buat ‘anak’ ramai-ramai.

    Cikgu Hanisah,
    Tidak juga prodiktif. Sekadar berusaha sedaya mungkin.

  4. Entah bila la pula anak saya akan lahir dengan DBP.

    (Kenapa tak teruskan guna nama Ibnu Ahmad di kulit depan?)

  5. Saudara Nimoiz T.Y.,
    Tak semua yang kita nak, boleh dapat. Walaupun anak kandung, anak emas atau anak bongsu sekalipun. Salam Ziarah.

  6. Ustaz, saya pun dah tak larat ‘mengandung’ Senyum Kota Suriah, malah Kak Syafinaz dan Abang Naga pun katanya turut merasa tempias kehamilan novel yang dah lama betul saya mengandung..tak larat dah..mohon2 sebelum April dia ‘keluar’..Amin.
    Ustaz, tahniah kalau Ustaz ‘bersalin’ dulu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s