SAJAK YANG TERKHILAF

sajak-yang-khilaf

PAGI-PAGI lagi saya menerima satu e-mel dari seorang sahabat mohon diberikan penjelasan tentang e-mel yang beliau terima:

Assalamualaikum.

Saya Mohd Izwan bin Md Yusof , pemegang kad pengenalan 800507-03-5495, beralamat di N0. 7, Jalan Indah 7, Taman Cheras Indah, 56100, Kuala Lumpur, no. handset-017-3051719, ingin memohon penjelasan mengenai berita di atas yang disiarkan di dalam Beita Harian bertarikh 26 Februari 2009, Khamis (hari ini). Ia merujuk kepada sajak Air Mata Palestin yang dideklamasikan oleh Pegawai Perancang Bahasa DBP-En Azman al-Khurowi. Ia sebenarnya merupakan sajak nukilan saya yang telah dihantar ke email  ruangan surat pembaca Berita Harian pada hari Khamis 15 Januari 2009 dan disiarkan di ruangan surat pembaca Beita Harian pada hari Jumaat 16 Januari 2009.

 

Saya ingin memastikan samada beliau menyatakan ataupun tidak saya sebagai penulis sebenar sajak di atas. Saya bersangka baik beliau akan menyatakan, namun begitu jika sebaliknya, saya berasa sedih kerana sebagai Pegawai di DBP seharusnya memahami akta dan undang-undang berkaitan dengan hak cipta.

 

Semoga isu tersebut dapat dijelaskan. Di sini saya sertakan nukilan penuh sajak bertajuk “Air Mata Palestin” yang dikarang oleh saya. Sekian, terima kasih.

 

Air Mata Palestin (Nukilan sajakku khas buat umat Islam Palestin)

 

Sudah kering air mata Palestin

Menangisi para syuhada yang gugur di medan jihad

Bertempur dengan Israel Laknatullah

 

Sudah kering air mata Palestin

Melihat bantuan tidak kunjung tiba

Saudara seIslam di Timur Tengah hanya diam seribu bahasa

 

Sudah kering air mata Palestin

Melihat anak-anak kecil yang tidak berdosa, wanita dan pemuda gugur satu persatu

Di saat para pejuang Hamas sedang bertempur

Hanya doa qunut nazilah menjadi bekalan pengharapan

Umat Islam seluruh dunia tulus mengadu kepada Allah

Agar diberi bantuan dari langit dan segala tenteraNya

 

Sudah kering air mata Palestin

Sayu melihat darah menjadi murah

Nyawa seakan tidak berharga lagi

Hanya menunggu saat kematian

Di penjara terbesar dunia

Sempadan Gaza yang terpinggir dari bantuan dunia

Akibat kekejaman Israel durjana

 

Sudah kering air mata Palestin

Meratapi kematian sanak saudara

Hanya membilang hari

Bilakah diriku akan dijemput Allah

Dalam episod kezaliman Israel dan Amerika yang tidak berkesudahan.

Saya jawab,

Saudara Mohd Izwan bin Md Yusof.

Saya, Haji Azman bin Haji Ahmad, Pegawai Perancang Bahasa DBP, menafikan membaca sajak saudara seperti yang disiarkan dalam Beita Harian bertarikh 26 Februari 2009, Khamis. Saya amat yakin editor Berita Harian terkhilaf memuatkan sajak sebenar saya yang bertajuk ‘Prolog Nakbah Palestin’. Saudara boleh merujuk catatan lebih awal saya di http//:ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com.  

Saudara jangan bersedih,

Kami sebagai Pegawai Perancang Dewan Bahasa dan Pustaka sangat memahami akta dan undang-undang berkaitan dengan hak cipta seperti sangkaan baik saudara. Terima kasih. – al-Kurauwi

Advertisements

8 thoughts on “SAJAK YANG TERKHILAF

  1. Salam buat Tuan Haji Azman. Syukran di atas penjelasan. Saya meyakini wartawan tersebut telah tersalah memasukkan sajak saya sedangkan yang dibaca adalah sajak Tuan Haji sendiri. Alhamdulillah Prolog Nakbah Palestin juga sangat mengesankan. Dengan segala penjelasan di atas, saya menganggap isu ini selesai.

    Dijemput bertandang ke blog saya dengan menggunakan nama pena Iskandar Zulkarnain. Syukran jazilan.

  2. Izwan,
    Ahlan wasahlan. Salam perkenalan. Hikmahnya kita berkawan.

  3. Salam buat pemilik blog Tuan Haji Azman dan Sdr Iskandar Zulkarnain. Sering kita tersalah petik atau dipetik. Lain diucap, lain dilapor. Itu biasa. Dan penyair biasanya diam-diam menelan sebalnya sendiri.

    Selamat terus berkarya

    Marsli N.o

  4. Ya, Saudara Marsli N.O.,
    Saya diajar begitu. Diam-diam sahaja menelan sebalnya. Maklumlah, siapalah kita.

  5. Salam buat Tuan Haji Azman. Link tuan telah dihubungkan dalam blog saya. Syukran. Buat Marsli N.O, terima kasih atas pesanan bermakna. Saya juga tak berkira sangat, tinggal lagi jika ianya hak kita perlu ditegakkan. Kan begitu?

  6. salam

    tuan dijemput menghadiri Simposium Laluan Haji Rantau Asia yang akan berlangsung di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Jln. Dato, Onn pada 15 -16 Disember ini.

    Simposium ini mengumpulkan pakar dari negara arab, rantau asia dan Malaysia membicara kan isu berkaitan haji dan tamadun yang lahir sepanjang laluan perjalana kita menunaikan haji.

    Simposium ini diadakan sempena pengiktirafan KL sebagai Kota Kebudayaan Islam 2009.

    tk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s