ZUBIR ALI & SUARA PALESTIN

zubir

BALADA SEORANG GADIS KECIL.

Gadis kecil itu telah bertahun, dikecam derita,
Di khemah pelarian, yang menjanjikan dukacita.

Munir tak mengenal erti cinta, telah kering airmata,
menangisi kematian, ayah bonda dan saudara.

Pada suatu senja langit Shatila,
Menyaksikan pembunuhan, anak kecil dan wanita,

Munir ditembak penuh luka, tapi ajalnya belum tiba,
Kerana Tuhan mengasihi dia.

Peristiwa hitam 17 September, telah menjadi bukti,
Sempurnalah kekejaman suatu bangsa yang sombong dan hina.

Berapa banyak lagi, gadis kecil tak berdosa,
akan menjadi mangsa, kekejaman manusia.

Berapa abad lagi gadis kecil seperti Munir,
Akan menjadi korban, peperangan.

Zubir Ali (17 Disember 1982).

ENTAH mengapa suara-suara semangat dan doa-doa buat saudara kita di Palestin semakin suam-suam kuku kedengaran. Ya, makin suram. Sekonyong-konyong suara lemak Zubir Ali membisik-bisik lohong telinga saya dengan lagu ‘Balada Seorang Gadis Kecil’.

Pagi ini, saya dimaklumkan melalui sms oleh Tuan Haji Shamsuddin, bahawa Zubir Ali meninggal dunia. Siapa yang boleh sahkan? – al-Kurauwi.

Advertisements

5 thoughts on “ZUBIR ALI & SUARA PALESTIN

  1. KUALA LUMPUR: Komposer dan penyanyi Zubir Ali meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara pada jam 11 pagi tadi selepas menjalani pembedahan jantung. – Berita Harian, dipos 11.31 pagi. al-Fatihah

  2. Al-Fatihah buat beliau yang terkenal dengan lagu yang sangat menyentuh jiwa. Saya juga seorang peminatnya. Ulasan yang hampir sama di blog saya.

  3. Salam. saya terjeda lama ketika membuka sms saya yang datang dari hp Allahyarham tentang berita ini. saya baru merencanakan akan berhubung lagi dgn beliau untuk menuntut ilmu secara formal darinya, masih saya ingat komennya tentang karya lagu saya – akan saya simpan sebagai dorongan. rancangan saya tu terlalu jauh lagi dan saat ini, takdir telah memutuskan bahawa urusannya di dunia terhenti pada saat dia ‘menemui Maha Pencipta’ sahaja. Saya benar2 termenung panjang.
    Semoga usaha2 beliau di dunia ini tidak sia-sia di sisi Allah.

  4. Iskandar,
    Ya, itulah magis cinta.

    Anuar,
    Amin

    Anis,
    Salam ziarah. Andai yang molek sentiasa dikenang orang, mana mungkin tergelincir seinci dalam pengetahuan Tuhan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s