INSYIRAH DI’INDUCEED’

insyirah1

Entri ni tidak ada kaitan antara yang hidup dengan yang mati. Sekadar nasihat kepada adik saya yang akan menerima cahaya mata pertama tahun ni.

Abang: “Wahai adikku, ada orang mahu memilih tarikh tertentu untuk melahirkan bayi mereka dengan cara kelahiran yang dipaksa (induceed). Suami redha, isteri pula rela menentang fitrah; Tidak mahu menanti rasa sakit bersalin secara spontan. Alasan si isteri: Ah, waktunya tidak sesuai, atau mahu tarikh anak lahir nanti sempena tahun baharu atau tarikh merdeka negara. Oleh itu,  si isteri lebih selesa ke hospital terlebih dahulu dan bersalin secara paksaan. Tetapi adikku, syaratnya bayi itu mestilah cukup bulan, 37 minggu ke atas!”

Abang: “Wahai adikku, ada bayi yang telah melebihi tarikh jangkaan bersalin iaitu lebih 40 minggu (postm-maturity) masih tidak lahir juga. Jangan bimbang, jika masih belum ada tanda-tanda bayi itu boleh bersalin secara spontan dan saiz bayi telah mencapai ke tahap pertumbuhan yang memuaskan, doktor akan mencadangkan supaya di’induction’kan (mencetuskan kuncupan rahim bagi memulakan sakit bersalin). Bukan apa, mencegah kemungkinan bayi lemas atau mati dalam rahim ibu.”

Abang: “Wahai adikku, ada beberapa kaedah yang akan dilakukan oleh doktor. Biasanya ubat seperti Oksitosin atau Pitosin akan diberikan secara drip melalui saluran darah, mulai dari dos yang rendah dan seterusnya ditingkatkan bergantung kepada reaksi kuncupan rahim. Di samping itu satu tatacara untuk memecahkan selaput rahim akan dilakukan dengan menggunakan satu alat melalui faraj. Proses ini digelar dengan nama A.R.M. atau ‘Artificial rupture of membrane’. Air ketuban akan mengalir keluar dan dari warna air ini doktor boleh mengetahui tentang keadaan bekalan oksigen kepada bayi. Dengan melakukan tatacara ini, biasanya ia akan mencetuskan kuncupan rahim dan memulakan proses sakit bersalin. Cara lain ialah dengan menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam saluran faraj seperti hormon Prostaglandin dan terbaru sekali ialah ubat Sitotek yang biasanya digunakan untuk merawat sakit perut.”

Perut saya tiba-tiba kembang tekak meloya dek membayangkan ‘Insyirah’ yang sedang lemas dalam rahim ibunya. – al-Kurauwi

Advertisements

6 thoughts on “INSYIRAH DI’INDUCEED’

  1. salam ziarah kanda ustaz,
    semoga Insyirah sihat, kelak dilahirkan.
    tentu kandanya, Tinta Elipsis begitu gembira
    dan teruja.

  2. Dinda Ren,
    Insyirah, sihat Alhamdulillah. Wajahnya sahaja masih berubah-ubah. Bukan sesumpah, barangkali disebabkan oleh bawaan. Kata orang, mengikut wajah ibu bapanya. Kejap wajah ibu, kejap wajah ayah. 🙂

  3. harap2nya tempoh terlebih itu tidak melemaskannya.

    Itu satu keajaiaban saya kira,
    biarpun yg menanti itu terseksa,
    sabar ya?

    apa pun, tahniah buat anda kerana sudah menyiapkan Insyirah ini.

  4. Assalamualaikum,

    Naimisa,
    Ada orang memilih jalan melalui ‘tingkap’.

    Nimoiz T.Y
    Tak cukur jambul pun, sekurang-kurangnya belanja isteri dan keluarga makan sudah memadai.

    Fadz,
    Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s