INSYIRAH SEADANYA

insyirah2

Blurb

Ya Allah, aku mahu jadi seperti hujan yang mulia di singgahsana langit tinggi dengan maruah dan kedudukan, namun demi sebuah amanah, hujan rela merendah diri menyimbah kulit bumi demi kelangsungan sebuah kehidupan yang di amanahkan Tuhan. Hujan tidak pernah terkhilaf menurunkan rahmat Tuhan, sedang manusia sentiasa terkhilaf dengan kesalahan dan kelupaan!

Ya Allah, aku ingin jadi segagah hujan kerana kesatuan dan kesepaduan. Bukankah hujan bermula dari senipis gelembung lalu menjadi wap yang naif kemudian naik ke langit menjadi setitis air lalu turun ke bumi menjadi gerimis. Ada kalanya renyai dan ada kalanya lebat. Pada satu tahap, hujan tak mampu disukat ada kalanya tidak mampu disekat kerana ia kuat. – Insyirah

8 thoughts on “INSYIRAH SEADANYA

  1. salam kanda ustaz. syabas, tahniah! ren tumpang gembira. wah, menjelang Pesta Buku, kedua2 buku lahirhadir serentak.

  2. La, lain pulak kulitnya. Tak apa, yang ini lagi cantik daripada yang dulu.

    Wah, patut pun lambat. Anak kembar rupanya. Dan menunggu PBAKL rupanya.

    Tahniah ustaz. Novel sudah, kumpulan cerpen sudah, lepas ni kumpulan puisi pulak.

  3. Ren,
    Terima kasih Ren,katanya lahir serentak, tetapi pergi tengok Jumaat dan Sabtu yang lalu belum nampak lagi tubuhnya. Belum sempat nak azan dan iqamatkan lagi.

  4. Tahniah ya ustaz azman..semoga terus maju dalam penulisan buku…dan dapat menarik ramai pembaca khususnye para belia2 diluar sane

  5. Terima kasih Arif,
    Nanti minta tolong jadi pengedar di Pasir Mas.🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s