TENGGELAMNYA ELIPSIS

sbp1

ORANG-ORANG tua Melayu mengingatkan saya “Bercakap dengan orang, sopan santun jangan dibuang, bercakap dengan saudara, lidah bergoyang dijaga pelihara, bercakap dengan sahabat, perasaan orang hendaklah ingat, bercakap pada yang ramai, menjaga lidah hendaklah pandai.”

Oleh yang demikian saya menyusun jari sepuluh, andai sepanjang Program Sesi Bersama Penulis 19 & 20 hari bulan yang lalu tak sempat nak melayan secara mulus sahabat-sahabat yang datang. Terima kasih kepada semua yang menyokong teristimewa kepada moderator Seri Banon (editor Tinta Elipsis), Ruslan Raffar (editor DDKT), Kak Tim dan Zaleha (editor Insyirah) juga rakan-rakan di Dawama Sdn. Bhd.

Turut memberi sokongan  Prof. Dato’ Mohd Zuhdi, Prof. Dato’ Asmah, Ustaz Zahazan, Tuan Haji Shapiai, Kanda Zamidah, Nafisah dan Dill Froz,  Dinda Rendra, Serunai Fakir dan rakan-rakan yang menyokong kelahiran Novel Insyirah dan Kumpulan Cerpen “Di Dadanya Kalam Tuhan”. Kasihan juga melihat “Tinta Elipsis” yang semakin tenggelam dalam baki-baki terakhir naskhahnya  – al-Kurauwi

7 thoughts on “TENGGELAMNYA ELIPSIS

  1. Azam,
    Selalu-selalulah ziarah. Al-maklum, jadi mahasitua kadang-kadang mudah dijangkit penyakit ‘bosan’🙂

  2. Assalamualaikum Ustaz

    Tahniah dengan sekalian karya dan paparan blog yang memikat. DBP dapat suntikan tenaga segar bugar dan kreativitas yang bening.

  3. Terima kasih Dato’,
    Sesungguhnya Dato’ Baha dan sejumlah karyawan yang pernah lahir dari rahim DBP adalah api suatu zaman dan kesaktian lidah rakyat. Obor itu sentiasa menjadi nyala bakar menyedarkan saya, di mana saya berada.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s