APABILA PENULIS MENGULAS

SUKAR mencari rakan-rakan yang sanggup membeli karya kita, membaca karya kita, kemudian memberi komen yang jujur dan menulis pandangannya terhadap karya tersebut. Andai ada empat etos tersebut dilakukan oleh rakan-rakan anda, maka berikanlah segunung penghargaan. Saya ada dua orang rakan penulis mapan: Tuan Haji Shapiai Mohd Ramly dan Saudara Kholid Hamzah yang memberi komen terhadap dua buah karya saya dalam blog masing-masing:

ddkt-blog Kata Tuan Haji Shapiai: “Dua buku yang saya beli di Pesta Buku Antarabangsa KL 09 ialah buku karya Azman Ahmad atau nama penanya Ibnu Ahmad al-Kurauwi. Dari kumpulan kumpulan cerpen beliau yang berjudul, ‘Di Dadanya Kalam Tuhan’, saya mula mengunyah cerpen beliau yang berjudul , “Bahasa Pelangi” kerana tertarik dengan judulnya. Membaca pelangi adalah membaca kisah-kisah indah hidup seseorang insan. Begitulah kesan pertama saya setelah membaca buah tangan Ibnu Ahmad al-Kurauwi itu.

‘Di Dadanya Kalam Tuhan’ (DBP: 2009) menghidangkan 20 buah cerpen yang pernah terisar dalam pelbagai media. Kemudian saya terus membaca beberapa buah cerpen beliau yang lain seperti, ‘Syahadah Mc. Allister’, ‘Dan Kuntum Syawal pun Mewangi’, ’Memintas Al-Qadar’, ‘Kerudung Kefiyyeh Baba’, ’Dari Kerisek ke Baiturrahman’, ’Tiga Drama dalam Tiga Gerabak Keretapi’,’Dua Lewat Taubat’, dan ‘Di dadanya Kalam Tuhan’.

Sebagai Seorang Ustaz, sudah tentu Ibnu Ahmad al-Kurauwi banyak menyelitkan kisah-kisah pengajaran. Dari seorang pemuda Inggeris yang melafazkan syahadah kerana hendak ‘jadi Melayu’, seterusnya bagaimana seorang Walid yang menghadapi fitnah dan seorang suami yang kehilangan isteri tercinta banyak mengajar kita tentang erti kasih sayang, kesabaran dan juga penyesalan.
Bagi saya cerpen-cerpen beliau menarik kerana penggunaan ayat-ayatnya yang indah dan segar. Terutama selepas membaca ‘Bahasa Pelangi’. Lihat saja ayat-ayat ini:

  • Bukan tidak mahu berduka tetapi saya sudah berlara-lara diyatimkan Tuhan…,
  • Sempat saya bancuhkan sebuah senyuman manis bergaul pahit ke wajah ma..,
  • Tahulah ma masih memeram dendam, kerana itu tiada tangan yang melambai kami pergi, tiada terjunan air mata…’
  • Walang menumpang di kedut wajahnya,
  • Saya cuba membuka mangga bicara yang mengunci mulut abah,
  • Cukuplah kematian Wardah memenjara lidah saya, mengemam bibir dari berkata-kata,
  • Saya kehilangan kata-kata kerana sebak bertali di uncang dada. “

tinta-elipsis.jpgKata Kholid – Rakan saya yang besar tubuh dan besar selera menulisnya – : “Membaca Tinta Elipsis, menyeluruh detak rasa Amir Afif menunggu kelahiran Amjad dan saat-saat terakhir Wardah bagai menghimpunkan seluruh perasaanku ketika ini. Isteriku ditahan di wad kerana jangkitan kuman RAMC di rahimnya. Enam hari aku berulang Cameron Highlands – Ipoh.

Tinta Elipsis bergerak perlahan, melukiskan seluruh kalbu Amir Afif – hati seorang ayah yang akhirnya karam dalam ingatan kepada anaknya, Amjad. Berkorban hatta cinta demi untuk anak. Malah sanggup berbuat apa sahaja demi untuk melihat kebahagiaan hari depan anak yang menanti sentuhan kasih ibu. Sungguh penulis memberi nama tempat bekerja itu sebagai Pustaka Cipta (macam milik Dato’ Baha) tetapi ia menjelaskan ruang dalaman DBP sejelasnya. Dan kisah-kisah di pejabat itu sesuatu yang lazim di mana-mana pejabat jua. Pada saya sentuhan kalbu Amir Afif itulah yang begitu mengesankan walau sesekali doa panjang Amir Afif seolah sebuah buku agama. Tapi sejujurnya saya senang mendengar khutbah Jumaat di masjid DBP kerana ringkas dan padat tanpa ayat-ayat klise dan lewah seperti yang biasa kita dengar di masjid-masjid lain.”

4 thoughts on “APABILA PENULIS MENGULAS

  1. Dan Zaidel harus menulis sebuah buku, agar ada orang yang membaca tulisan itu dan mengulasnya pula. Bukankah dunia ini sebuah putaran kehidupan.

  2. Sdr Ibnu Ahmad al-Kurauwi: Selamat sejahtera. Meski lambat dan perlahan, namun saya tetap datang membaca. Izinkan saya memetik dan belajar sesuatu di sini. Semoga, setidaknya, dapat juga saya meredamkan “marah” di dalam diri.

  3. salam azman alkurauwi,
    beruntung ramai orang dah baca dan ingin membaca karyamu. belum tentu orang melihat karya seseorang penulis dan ingin membacanya. mungkin faktor ‘siapa’ yang menulis itu penting. di kalangan penulis, azman antara yang dikagumi. keberhasilanmu memang kena pada tempatnya, teruskan dan tahniah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s