SMS DARI PERAK

imageengine

PETANG tadi saya menerima sms dari seorang penulis sepanjang 539 patah perkataan (Cukup panjang bagi seorang sahabat). Kawan saya ni, orang Tanjung Rambutan sering mengusik saya kerana senyap tidak bercerita pasal  isu Perak  yang sedang hangat kini. 

Saya kata, jiwa saya Perak kerana lahir di sana namun hayat saya hidup lama dan membesar sepenuhnya di Pahang.  Apapun saya bangga menjadi anak Perak yang bersekutu dengan Pahang. Walaupun tidak banyak bercerita, namun saya sentiasa mengikuti perkembangan politik di sana.  Cukuplah apa yang kita dengar, apa yang kita rasa dan apa yang kita baca, antaranya seperti yang diluahkan oleh saudara kita ini. Saya perturunkan suara hatinya:

KAWAN saya seorang Cina Berkata: “Saya malu apa yang berlaku pada sidang DUN Perak, sungguh kejam dan tidak bertamadun.” Manakala kawan saya berbangsa Melayu pula berkata. “Padan muka. Orang suruh letak jawatan tak mahu letak jawatan.” Saya pula termenung memikirkannya. Kawan saya yang Cina itu berbicara soal malu itu, yang saya tahu adalah tanda-tanda manusia itu memiliki iman (rasa bertuhan), manakala kawan saya, si pemuda Melayu itu wajahnya kelihatan angkuh dan sombong dan merasa kemenangan di pihaknya. Sesungguhnya dia tidak malu walau setitik pun. – Salem Ganal, Tanjung Rambutan.

4 thoughts on “SMS DARI PERAK

  1. Saudara Marsli,
    Tersangatlah gundah-gulananya :”Cukuplah apa yang kita dengar, apa yang kita rasa dan apa yang kita baca” Mereka sudah menyuarakan rasa hati yang barangkali mewakili suara hati kita.

  2. Saudara Marsli,

    Kami berbalah menuntut hak-hak kami yang dirampas itu sahaja. Hak dia itu dia punya fasal

    Amir Hamzah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s