MAHU NOMBOR DUA

Hadiah

 Seorang penulis, jika menyertai mana-mana sayembara, tentulah mahukan karyanya menang tempat pertama. Biasanya tempat pertama hadiahnya utama dan besar pula nilainya serta cepat pula diterbitkan, seperti hadiah Sayembara Novel Sejarah Johor. 

Baru-baru ini, belumpun enjin motor saya dimatikan, si Amirah, anak sulung  saya (Darjah 3) sudah membuka pintu pagar dan menyambut kepulangan walidnya dengan wajah pecah gembira di muka pintu.

“Cikgu kata, Amirah dapat nombor satu!” ujarnya sambil  memandang bulat ke wajah saya yang kepenatan dipanggang terik matahari petang.

“Ya ke, mana buku laporannya?” Saya cuba menguji. Dek penat, saya tidak membalas senyumannya.

“Cikgu belum bagi. Cikgu hanya umum nombor satu sampai nombor empat sahaja!” ujarnya bersungguh-sungguh sambil menyambut beg kerja saya. Saya lihat, dia bagai menantikan sesuatu yang lain dari bibir kering saya. Akhirnya hampa.

Perbualan kami tamat di situ sahaja sehinggalah isteri sudah mengingatkan semula permintaan anak sulung kami itu yang sering dinyanyikannya ke telinga kami suatu ketika dahulu. Dalam kepala saya masih terngiang-ngiang tuntutannya, “Nombor satu: Telefon bimbit, Nombor dua: Basikal dan Nombor tiga: Mainan Barbie.”

Dan saya sudah mula berkira-kira bajet sedang dalam hati serba salah: Apakah selayaknya memenuhi tuntutan  sebuah telefon bimbit atau menggantikan sahaja dengan hadiah lain yang lebih bermanfaat dan sesuai. Dan menurut isteri, si Amirah sudah memasang cita-cita mahu dapat nombor dua dalam peperiksaan akan datang agar hajatnya memperoleh sebuah basikal tercapai!🙂 – al-Kurauwi.

6 thoughts on “MAHU NOMBOR DUA

  1. Salam syeikh, trend anak-anak zaman sekarang la tu.. tengok kawan guna telefon dia pun nak pakai juga.. tapi bagi ana kita masih boleh berdiplomasi dengan anak-anak, cari alternatif lain.. tidak boleh diikutkan sangat.. budak2 bukan ada kepentingan pun guna telefon.. kawan ada dia pun nak kena ada juga.. tak tahulah 1o tahun akan datang.. mungkin telefon bimbit sekarang naiktaraf jadi komputer riba.. jenuh..

  2. Hasmora,
    Wah-wah bagus pandangan tu. Ana setuju. Dr. Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya, Pendidikan Anak-anak Dalam Islam ada menulis satu bab khusus, “Bahaya Peniruan (Pengaruh rakan sebaya)”🙂

  3. salam kanda ustaz. ren baca entri ini seperti dari ‘sisi’ lain pula.he.he. dan tempohari sudah cuba usik kanda ustaz di kol, tapi tiada teman2 yang perasan atau respon. apapun, ren tumpang gembira.

  4. Bagus Ren,
    Tak ramai yang boleh membaca sisi-sisi lain termasuk penulis yang kadang-kadang tanpa sedar ada sisi-sisi lain dalam karyanya.

  5. Ya Zaidel,
    Nikmat menjadi seorang ayah tentulah tidak sama dengan rasa berayah (bujang). Malah tentunya nikmat menjadi ayah lebih bermakna apabila anak-anak dipangku dan diriba tidak jauh daripada dakapan kita. Kata Kholid, penulis yang berkahwin mampu mengungkap bahasa cinta dan sayang kepada kekasihnya lebih ‘dalam’ daripada penulis yang belum berkahwin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s