PPMN 2009: MEMAKNAKAN UKHUWAH

PPMN 2009

ALHAMDULILLAH Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 pada 22-24 Mei 2009 di Puteri Resort, Melaka diyakini sebuah perhimpunan yang sangat berjaya memenuhi misi dan visi penganjuran.  Jutaan terima kasih kepada PENA, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aswara dan Kerajaan Negeri Melaka yang memberikan dana dan menganjurkan program ini dengan jayanya. Kertas kerja yang dibentangkan oleh para pemakalah tidaklah terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah serta sangat mendapat tempat di hati para peserta malah isu-isu yang melibatkan perjuangan dan masa hadapan penulis diungkap dalam bahasa-bahasa puitis dan santai pada malam terakhir.

Jauh disudut hati, PPMN 2009 telah memanjangkan ukhuwah para penulis baik dari Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak malah merentas Selat Teberau. Juga mendekatkan hubungan antara penulis baharu dengan penulis muda dan penulis yang sedia mapan. Pertemuan ini tentunya menyemarakkan upaya untuk terus menulis, selain menambah senarai kenalan. Pengalaman manis ini saya kira berjaya menenggelamkan rasa tidak senang kepada ribut kecil yang memercikkan masin laut ke lidah nakhoda di awal pelayarannya serta perasmian majlis yang sedikit cacat dengan pandangan yang berlawanan arus oleh speaker DUN Melaka dan penutupan yang kurang harmoni oleh wakil GAPENA. Apapun, tahniah kepada ajk yang bertungkus-lumus dan semua yang menjayakan. – al-Kurauwi

9 thoughts on “PPMN 2009: MEMAKNAKAN UKHUWAH

  1. Ya alhamdulillah. Di dada PPMN ada ukhuwah dan kalam Tuhan, namun hanya buat mereka yang benar2 mahu menemuinya.

  2. Ya Zul,
    Di Dada PPMN saya benar-benar bertemu semula jiwa Zul Khair, Kholid dll yang bersemarak dengan ukhuwah dan persahabatan.

  3. Salam. Izinkan saya mencelah barang seketika untuk melontarkan sedikit rasa. Ya, benar dan tidak ada salah ayat ini “PPMN 2009 telah memanjangkan ukhuwah para penulis”. Saya berpeluang menemui penulis2 yang sudah hebat selain menjalin ukhwah dapat juga mengikis sedikit ilmu daripada mereka. Antaranya ustaz Ibnu Ahmad sendiri, En. Zul apatah lagi, En. Kholid yang sporting, Nimoiz juga, Puan Nisah pun, saudara Ali Atan yang berani dan ramai lagi. Seronok bukan sekali malah banyak kali. Terima kasih atas pemberian novel Tinta Elipsis. Semoga terus maju buat ustaz. -santi-

  4. Zaidel,
    Gagasan yang utama ialah menubuhkan ‘SPR'(Suara Penulis Radikal), masih ingat? Bukan menyaingi MPR.🙂

  5. Hahaha…Saya paling seronok dapat pergi Melaka petang tu. Menjejak sejarah peradaban lampau bersama Ustaz, C.Zul, Kholid Hamzah, Santi dan Akmal.

  6. Terima kasih Santi, Nimoiz,
    Bukan kebetulan, tetapi memang sudah ditakdirkan Ilahi kita bertemu dan diperjalankan-Nya dengan bapa-bapa yang penyayang. Nanti saya akan garapkan sedikit catatan perjalanan kita.

  7. Salam syeikh,
    Alhamdulillah.. pertemuan dan ukhwah yang cukup bermakna.. Di Dadanya Kalam Tuhan cepat saya mamah.. mungkin kena benar dengan selera.. Insyirah belum sempat lagi..

    semoga berpeluang lagi pada PPMN ke-3.. insyaAllah..

  8. Terima kasih akhi Hasmora,
    Terima kasih kerana memanjangkan Ukhuwah. Terima kasih kerana menyokong DDKT dan Insyirah. Andai mahu menulis, belajarlah sedikit dari DDKT sama seperti saya belajar dari kumpulan cerpen penulis mapan yang lain. Moga Tuhan memanjangkan ukhuwah kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s