CIPTA PELUANG MENULIS

Pembentang

KERTAS KERJA saya sempena Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 di Melaka baru-baru ini yang bertajuk “Penulis Muda: Antara Mengisi Ruang dengan Menyediakan Peluang” semata-mata menghantar mesej kepada penulis bahawa ruang atau gelanggang penulisan bukanlah masalah. Kalau ruang yang menjadi masalah, di kanan blog ini saya pautkan senarai media yang menyediakan ruangan sastera.

Saya yakin, berasaskan penelitian saya, yang menjadi kekangan kepada penulis, apabila penulis sendiri tidak mencipta peluang dengan  karya-karya yang terbaik untuk diterima dan disiarkan oleh para editor akhbar dan majalah.  Ulasan saudara Zul Khair dalam Malaysia Harmoni tentang kertas kerja saya di bawah barangkali boleh menjelaskan.

AIR KEROH, 23 Mei – Penulis-penulis muda di negara ini dinasihatkan supaya tidak gusar kerana ruang untuk mereka berkarya masih cukup luas.

Perkara tersebut didedahkan oleh penulis dan pegawai DBP, Ibnu Ahmad Al-Kurauwi dalam kertas kerjanya berjudul ‘Penulis Muda: Antara Mengisi Ruang dengan Menyediakan Peluang’ dalam Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 yang diadakan dari 22 hingga 24 Mei 2009 di Puteri Resort, Air Keroh, Melaka.

Sebanyak 18 kertas kerja dibentangkan dalam perhimpunan tersebut termasuk kertas kerja ucap utama oleh Dato’ Dr. Anwar Ridhwan. Perhimpunan ini merupakan anjuran bersama PENA, DBP, MBMB, ASWARA dan DBP Wilayah Selatan.

Kertas kerja Al-Kurauwi mengandungi analisis ruangan sastera dalam majalah dan penerbitan tanah air; DBP, Karangkraf, Kumpulan Utusan, NST, MMP Communications dan lain-lain.

Majalah Tunas Cipta biarpun dibuat khusus untuk golongan penulis muda, masih tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Al-Kurauwi memetik ulasan editor, Noraini Abd. Hamid yang antara lain berkata, “Tema yang dipilih oleh penulis terlalu klise dan banyak berkisar mengenai keluarga, cinta, atau hubungan adik-beradik.”

Cerpen fiksyen sains yang dihantar ke Dewan Kosmik pula umumnya sangat kurang kualitinya sehingga ada yang terpaksa ditangkap muat walaupun lari daripada tema ‘kosmik’-nya.

Kertas kerja setebal 14 halaman ini turut berkongsi bahawa Dewan Budaya juga bermasalah lantaran karya cerpen yang dihantar tidak menepati sasaran khalayaknya, sekali gus tidak menepati konsep ‘budaya’.

Menurut pembentang, “Karangkraf juga memiliki upaya besar menerbitkan karya-karya penulis terutamanya cerpen dan puisi dalam majalah-majalah mereka seperti Majalah i, Nur, Mingguan Wanita, Dara.com, Remaja, Seri Dewi dan Keluarga, Fokus SPM dan banyak lagi.”

Menurut peserta yang juga ahli Minggu Penulis Remaja (MPR), Mohammad Hafiz, “Penulis muda mesti rajin dan bijak memilih media. Yang penting, tidak kenal erti putus asa dalam berkarya.”

24 thoughts on “CIPTA PELUANG MENULIS

  1. Ya, saya kira cabaran sebenar penulis muda adalah isu yang dibawa. Peluang dan ruang tersedia dengan mudah dan banyak.

    Isu yang dibawa mewakili pemikiran penulis muda. Juga menceritakan zaman yang diceritakan.

  2. saya setuju juga. memang banyak peluang. tapi untuk media arus perdana memang banyak pulak syarat-syaratnya. tembok kebal berlapis-lapis. nak jaga pihak itu ini lagi. blog memang terbaik walaupun tak dapat duit.

    susah-susah, terbit saja sendiri macam buat zine underground. apa-apa pun saya tak kisah sangat tentang peluang. semua bergantung kepada penulis dan karyanya juga. saya percaya itu.

  3. Ya Cik Bayan,
    Saya kira isu yang hendak dibawa, yang mewakili suara orang muda dan jenis yang merakam zamannya menjadi sebab-musabab kepada terciptanya peluang untuk disiarkan. Bak kata saudara Rahimin Idris peluang boleh menipis apabila pihak media meletakkan banyak sangat syarat dan berlapis-lapis.

  4. Terima kasih Syaidul,
    Kunjungan ziarah saudara sangat bermakna. Pada saya, saudaralah yang patut membentang kerana saudara lebih dahulu lahir ke bumi. Apapun saya suka membaca tulisan-tulisan saudara dan sentiasa mencemburuinya.

  5. Salam ustaz, jangan lupa iklankan kursus tulisan jawi yang bakal diadakan Jun nanti di web ini. Saya telahpun tanya Perpustakaan Negara tapi belum pasti lagi tarikh.

  6. Baru saya perasan, gambar yang di face book itu bersaiz kecil. Jika mahukan gambar yang bersaiz besar, maklumkan ye. Saya akan emailkan. InsyaAllah.

  7. Oh, saudara Drimba rupanya, tak salah pernah berkunjung menyampaikan salam ziarah. Jangan bimbang, Insya-Allah nanti saya akan sampaikan makluman kursus Jawi itu. Selalulah berkunjung ke sini.

  8. Cik Bayan,
    Apa yang Cik Bayan beri, sudah lebih daripada memadai. Terima kasih, gambar pun jelas dan cantik-cantik. Saiz kecil di Facebook barangkali sesuai dengan kapasitinya.

  9. Salam…

    Ustaz, terima kasih diatas pembentangan yang sangat memberangsangkan… kami di sg ni pun jadi teruja dengan pembentangan Ustaz, tentang peluang dan ruang…
    Gambar di blog tuan S.M. Zakir tu, yang kami sedang penuh khusyu’ mendengar tu, sewaktu pembentangan Ustaz, lah…

    Tentang mutu, gaya, keunggulan, karya saya pandang begini:

    Menulis memang mudah.
    Mengarang itu yang susah.

    Wassalam.

  10. Terima kasih Kekanda S.K,
    Saya sudah berkunjung ke blog Kanda S.K. menarik sangat dengan puisi berunsur Islam. Teruskanlah menulis. Moga karya-karya seperti itu dapat menampung kekurangan amal kita.

    Dari satu sudut, saya mengharapkan media Malaysia juga boleh menerima karya-karya yang baik dalam bahasa Melayu daripada penulis-penulis nusantara. Kalau tak salah saya, pernah juga penulis Thailand (Pattani) diterima karyanya dalam Mingguan Malaysia.

  11. Assalamualaikum.
    Bukan usia yang menjadi ukuran. Yang penting rasa hormat menghormati dan sentiasa belajar dari persekitaran. Ustaz lahir pada 21 Januari 1974, sementara saya pada 14 Mac 1978. Ustazlah yang dulu lahir, mengecap nikmat kehidupan. Demikian juga dalam penulisan, ustaz melangkah terlalu cepat walaupun saya dahulu bertugas di DBP. Semasa bertugas di DBPKL jiwa saya sentiasa bergetar mendengar doa yang ustaz bacakan semasa majlis-majlis rasmi yang mempunyai roh dan serba lain. Terima kasih kerana membaca karya saya. Meminjam kata tuan haji sapiai- Saya bukanlah penulis sekadar hamba Allah yang sangat meminati bidang penulisan.

  12. Ya Azam,
    Dari sudut kelahiran memang tidak dinafikan. Barangkali yang saya maksudkan lahir ke bumi ialah lahir sebagai penulis. Apapun kami warga penulis menantikan kumpulan puisi atau kumpulan cerpen saudara. Segerakanlah ia lahir daripada rahim ibunya itu.🙂

  13. Salam,

    Pembentangan ustaz amat bermanfaat. Sekarang saya tahu editor mana yang perlu saya hantarkan email untuk menghantar karya saya. Terima kasih banyak-banyak.

    Wassalam

  14. Terima kasih akhi Khairool Haque,
    Blog ini telah memendekkan jarak dan waktu. Terima kasih kerana berkunjung ke laman ini. Insya-Allah saya akan kemas kini alamat, no tel @ e-mel editor dan menambah ruang-ruang lain sama ada di Malaysia, Singapura, Indonesia atau Brunei jika ada.

  15. Salam,

    Ustaz, puisi di blog itu karya eksperimentasi dan masih lagi di tahap percubaan… sajak-sajak yang ilmi/tauhidi yang lebih serius disimpan sahaja… tetapi, tulah, alhamdulillah, dengan pembentangan Ustaz itu, saya akan berani untuk menghantar ke penerbitan di Malaysia…
    Malah, alhamdulillah, sewaktu digerakkan Allah untuk duduk semeja dengan editor-editor Dewan Bahasa, mereka turut mempelawa kami, para penulis Singapura, untuk menghantar karya…
    Kami sudah lama tahu ruang itu ada tetapi buat pertama kali, rasa sedikit berani untuk cuba menembusi…
    kerana dulu, saya penulis… sekarang, baru nak belajar menjadi pengarang…
    Kalaupun, saya “kanda”, hanya kerana usia kepengarangan yang sudah bermula lamaaaa dahulu… tapi, sekarang, Ustaz dah lebih mendahului dari segi terbitan…
    InsyaAllah, saya akan berlumba mengejar kebaikan itu🙂
    InsyaAllah🙂

    Wassalam.

  16. Ustaz,

    1. Pertamanya berbanyak terima kasih atas kunjungan dan kirim catatan dalam blog ‘kerdil yang bersahaja’ itu (rarws.blogspot.com) itu.
    2. Moga-moga saya sendiri akan sering mengunjungi blog ustaz`demi ilmu dan santai-santai berilmu untuk dapatkan maklumat yang bermakna.

    Terima kasih.

  17. Alamakkk…

    Dengan pendedahan ekslusif oleh ustaz, maka semakin tipislah peluang saya yang baru nak berjinak-jinak dengan editor. Lepas ni, sudah pasti saingan semakin sengit. Ramai orang tidak tahu cara nak emel karya kepada editor, ku seman misalnya.

    Alamakkk…

  18. Salam Kanda S.K.
    Ya, sama-sama kita ke arah ‘Fastabiqul Khairat’. Amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s