AHLI MAJLIS FATWA MESIR FASIH BERBAHASA MELAYU

Ghonim

SYEIKH Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim, hanya berusia 31 tahun. Graduan Universiti al-Azhar, Mesir ini merupakan anggota termuda Majlis Fatwa Mesir, Muhafazat (Wilayah) Al-Gharbiyah, cawangan Tanta. Beliau pernah berkunjung ke Malaysia dan menjadi imam tarawih di masjid-masjid sekitar jajahan Jeli, Kelantan. Beliau pernah bertugas sebagai Fellow Kehormat di UiTM Machang sejak 2004. Menariknya, beliau sangat fasih berbahasa Melayu.

Istimewanya Sheikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim akan hadir ke Dewan Bahasa dan Pustaka sempena WACANA INTELEKTUAL: MANFAAT SISTEM KEWANGAN ISLAM anjuran DBP dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad. Sesi tersebut akan diadakan pada 12 Jun 2009 bersamaan 18 Jamadilakhir 1430 (Jumaat) jam 8.30 malam.

Sahabat-sahabat yang berkelapangan sangat-sangat dijemput hadir. Program tidak tertumpu kepada isu Sistem Kewangan Islam semata malah banyak menjurus kepada isu semasa dan perbincangan. Sahkanlah kehadiran sahabat-sahabat sekalian kepada Encik Mohammad Zahari 03 2148 3045 atau e-mel: zahari@dbp.gov.my kerana makan malam disediakan.

Saya yakin kefasihan Sheikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim berbahasa Melayu akan mengagumkan kita dan memberi nilai tambah terhadap ilmu yang akan diperbincangkan nanti. Kepetahannya berbahasa jauh lebih baik daripada orang Melayu dan bukan Melayu yang mengaku 1 Malaysia itu. – al-Kurauwi

13 thoughts on “AHLI MAJLIS FATWA MESIR FASIH BERBAHASA MELAYU

  1. Menarik sangat..menunjukkan bahasa Melayu juga bukan calang-calang bahasa. Apatah lagi orang alim pun mahu mempelajari bahasa Melayu. Sepatutnya kita pun kena belajar banyak bahasa jugak. Mudah untuk berdakwah. Tapi ustaz, saya pun fasih berbahasa Melayu jugak!hehe

  2. Salam syeikh.. insyaAllah ana datang. Bagi sokongan pada sahabat ana tu.. huhu.. dia sebenarnya masih belajar bahasa baku.. tapi macam orang Kelantan lainlah.. tetap berbau budu.. hehe.. makan madghut di rawsyah dengannya memang memenatkan..huhu

  3. Bawalah rakan-rakan serumah anta datang sekali. Atau saing-saing yang lain. Tolong panjang-panjangkan ya! Satu lagi jangan lupa maklumkan kehadiran.

  4. ooo ust mad ni ek..saya kenal dia..dia ambil master kat akademi pengajian islam UM..pandai berbahasa Melayu tetapi loghat kelantan..

  5. Hasmora,
    Ana mati-mati percaya ‘hok duduk sebeloh tu’ niaga rojak. Rupa-rupanya maksu taukeh rojak hok lain. Aki, ki, ki,.. lawok-lawok.🙂

  6. salam ust.oo rupanya itu ahli fatwa mesir.sy igtkan klip yg pernah sy tonton ni dah berzaman, dan tak terfikir pun umur dia 31,ingatkn dah 40 he2.trm kasih atas entri ini.smg ust terus menulis utk ISLAM:) di mana ya blh sy dptkan antologi cerpen tu?sy masuk pertandingan tu tp kalah hu2

  7. Salam ziarah Raira,
    Ya syeikh Muhammad itu pernah keluar dalam tv kita sempena Ramadan yang lalu-lalu.

    Terima kasih atas sokongan Raira. Doakanlah moga istiqamah. Mengenai antologi cerpen dalam tulisan Jawi itu masih pada peringkat pruf cetak. Ustaz terlibat membetulkan ejaan Jawinya. Insya-Allah, katanya akan diedarkan secara percuma.

  8. assalamuaalaikum….Terima kasih Pada semua Rakan2 dan sehabat2 yang comment atas Ceramah saya hari tu…saya sangat2 gembira ng sambutan pada malam tu…harap kita boleh bertemu kembali pada masa yang akan datang insya allah…
    Usataz . Sheikh Mohamed Abdelaziz Ghonim
    Arab_mesir_tanta@yahoo.com Facebook.com

  9. Wa’alaikumsalam Syeikh Mohamed,
    Salam ziarah ke blog kecil saya. Kehadiran Tuan Syeikh ke DBP masih dingati hingga ke hari ini. Moga kita berjumpa lagi dengan izin Allah Taala.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s