CERPEN KALBU: CERPEN BIASA

 

CERPEN Dari (K)albu Turun ke (k)albu telah disiarkan oleh Mingguan Malaysia pada 10 Februari 2008. Cerpennya biasa-biasa sahaja. Ideanya tercetus apabila membaca kisah Siti Salmah Jasni yang meninggal dunia selepas 25 hari bertarung nyawa setelah menjalani pembedahan jantung dan paru-paru serentak dan pertama kali di Malaysia di IJN. Proses kreatif cerpen ini boleh dibaca dalam kumpulan cerpen saya “Di Dadanya Kalam Tuhan”

Dari sudut kepengarangan, istimewanya cerpen ini berbanding cerpen-cerpen yang lain, kerana dalam cerpen ini saya cuba memuatkan dua buah puisi doa. Yang lain-lain terserah kepada anda menilainya:

Bismillahi Syafi, Bismillahi Kafi, Bismillahi Mu’afi,
Dengan Zikrullah tenanglah kalbu,
Setenang Nabi Ayub mengharungi liku,
Benarlah apa yang sudah ditentu,
Hanya kepada-Mu jua tempat kami mengadu.

Kalau kau menjadi kalbuku,
Berdeguplah dengan kalbu Mutmainnah,
Jangan kauempangkan darah dengan kalbu Amarah,
Biar denyut nadimu membilang zikrullah,
Agar degup jantungku mengepam sakinah.
Wahai kalbu berdenyutlah zikir Tuhanmu,
Lagukan rinduku dari sukma bisu,
Mengalir dari Kalbu turun ke kalbu.

35 thoughts on “CERPEN KALBU: CERPEN BIASA

  1. Salam,

    Ohhh, hadiah utama!
    Alf Mabrouk, Ustaz!

    Puisi do’anya sangat menyentuh Qalbi, ustaz…

    Mengingatkan saya kepada kekata ini yang ditemui dalam sebuah cerpen, “Ja’a minal Qalb, Fadakhalal qalb”🙂

    Wassalam.

  2. Terima kasih Syafiq,
    Tahniah juga buat anta. Kami sama-sama harap, ada karya terbaik dari anta yang bakal memberi pencerahan baharu kepada sastera Islam kita nanti.

  3. Azam,
    Tahniah juga. Moga dapat jumpa di Istana Budaya nanti. Tiga Jalur kasih juga cerpen yang baik.

  4. Terima kasih Kanda S.K.,
    Masih lagi belajar menyusun, menyunting dan menggubah jambangan agar indah bukan hanya di telinga malah juga turun ke hati.

  5. Tahniah kalbu yang berdegup demi anak bangsanya…………….Izinkan saya menyalin iklan sahabat tentang Majlis bicara karya, baca puisi dan anugerah sastera ke blog saya………….

  6. Mmalah kecek banyok. Nak kecek sikit jah. Kena belanjo nih…hahaha (Ini bahasa dialek. Tidak salah. Jadi jangan marah.)

  7. Salam…TAHNIAH terlebih dahulu. Sekadar ingin berkongsi, entri saya sewaktu pertemuan saya dengan seorang sahabat bernama AZLI mencetuskan sesuatu. Lalu, sdra Azli sahabat saya amat teruja dengan cerpen tersebut. Beliau seorang perfusionist. Lihat entri ini : http://celikhuruf.blogspot.com/2009/05/sahabat-saya-seorang-perfusionist.html

    Juga andai berkesempatan lawat blognya…yang juga seorang novelis http://acinetobaxter.blogspot.com/

    TAHNIAH…ustaz

  8. Kholid, Drimba, Nimoiz, Salina,
    Sesungguhnya, tiada penghargaan yang lebih manis berbanding ucapan tahniah daripada rakan-rakan seperjuangan. Kadang-kadang lebih manis daripada menerima hadiah itu sendiri.

  9. Terima kasih saudara RMN,
    Saya tak tahu, rupa-rupanya ada ‘penuraja’ kepada cerpen tersebut. Nanti saya cuba menyapa di blognya.

  10. Tahniah juga buat ustaz. apa yang nak dicemburu dari ummu ni. Ustaz tu yang ummu cemburu sangat, dua kali kita naik pentas sama, tapi ustaz dua2 hadiah utama. Semua tu dari Allah, habuan untuk kita semua terus tekal berdakwah. nikmat di dunia sedikit cuma, di akhirat kita mohon beroleh syurga yang kekal. amin

  11. Terima kasih saudara Teratakerapung,
    Semuanya atas doa kawan-kawan.

  12. Tahniah,
    Memang cerpen itu biasa-biasa sahaja, tetapi bahasanya aduh luarbiasa indahnya. Teruskan dengan gaya bahasa yang indah ini…’Pohon sabar bagai lalang di pantai tengkujuh sedang akarnya sudah lama terjeruk dalam laut kasih’.

  13. Ummu Hani,
    Tahun 2005, saya bertemu ayahanda Abu Hassan di Hotel Prince of Golden Horses dalam majlis penyampaian HSKU 2004. Ketika itu saya menerima hadiah penghargaan cerpen “Memintas al-Qadar”.

    Dalam pada duduk bersebelahan, ayahanda sempat menitip pesan dalam autografnya: “Azman, andai menulis, tulislah dengan hati.” Dan kata-kata ayahanda Abu Hassan, bersimpul mati dalam hati ini dan turun meniti hingga ke hujung jari!

  14. salam
    murah rezeki mu… boleh blanja makan lagi heheheh. kalu tak sempatpun aku kirim kat sf la (dia tu kuat makan hehehe)
    TAHNIAH!

  15. Tuan Haji Shapiai,
    Terima kasih atas ziarah. Pujian selayaknya kepada Allah, sebagai penulis biasa, kita hanya mampu menulis sebaik mungkin atas kemampuan yang dibekalkan. Terima kasih atas sokongan.

  16. Tahniah Ust Azman dengan hadiah utama. Menulis demi kebenaran, demi ceriakan kalbu manusia dengan sohihul aqidah dan akhlak.

  17. artikelnya cukup menarik,perkenalkan saya dari indonesia, saya suka blog anda.
    ikutilah blog kontes indonesia dengan hadiah-hadiah menarik, jadilah pemenangnya di indonesia blog kontes, daftarkan blog anda info di http://herbamart.blogspot.com

  18. Hani Salwah, Hanisah dan Rahimin,
    Salam ukhuwah atas ziarah. Moga sumbangan dan kebaikannya dapat kita manfaatkan bersama-sama.

  19. Apa lagi yang boleh saya katakan,
    Melainkan mengucapkan terima kasih semula kepada Zul, terima kasih, Amiza dan terima kasih juga Hafizah(terutama berjaya cemerlang dalam Hadiah Sastera Islam)

  20. Salam ziarah saudara Arif,
    Terima kasih, atas kunjungan saudara. Moga terus lestari berkarya.

  21. Terima kasih dik Nas,
    Ya maju, sukses dan prolifik, juga yang penting; berkat. Kata ulamak, berkat itu ialah ziadah pahala dari Tuhan. Ya, pahala akan bertambah andai kita diberkati Tuhan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s