JUALAN BUKU 1 MALAYSIA DI PNM

sub-pic51

Datanglah beramai-ramai ke Program Jualan Buku 1 Malaysia pada kesempatan berikut:
Tarikh : 12, 13 dan 14 Jun 2009 (Jumaat – Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Perkarangan Perpustakaan Negara Malaysia

Program ini akan mengadakan jualan buku yang berlangsung selama tiga (3) hari berturut-turut bertujuan memberi peluang kepada pengunjung perpustakaan untuk membeli bahan bacaan pada harga yang berpatutan.

Program-program yang bakal diadakan sepanjang Program Jualan Buku 1 Malaysia boleh dilayari melalui laman sesawang Perpustakaan Negara Malaysia.

9 thoughts on “JUALAN BUKU 1 MALAYSIA DI PNM

  1. 1 Malaysia itu kurang sedap dihayati Satu Malaysia bolehlah tahan lagi. Macam ketam mengajar anaknya belajar lurus pula rasanya. Huhuhu……….

  2. Drimba,
    Saya membaca nombor (1) di atas sebagai satu, bukan one. Betul, satu Malaysia lebih patriotik (baca dari sudut bahasa ya) daripada one Malaysia.

  3. Ustaz,
    Kenapa hingga ke program jualan buku perlu guna 1 Malaysia? Apakah tiada frasa yang lebih baik? Semuanya kini perlu 1 Malaysia… kenapa? Ya… baru faham semacam dulu-dulu disebut “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”, tapi ke mana dan apakah jadi dengan slogan ini? Di mana duduknya pemimpin itu kini?
    (Sekadar soalan-soalan biasa untuk ketenangan minda)

  4. Entahlah saudara Rusdi,
    Kita terlalu banyak slogan. Barangkali sebagai gula-gula yang sekadar memaniskan tekak yang pahit dek penyakit dan sementara cuma. Mengapa tidak diubat sahaja dengan panadol?

  5. Bukan ubat panadol lagi rasanya tapi racun penawar cekal lebih sesuai gamaknya………………Huhuhu……..

  6. Teratakampung,
    Ya, manis di bibir dan pandai bermain kata. Macam terngiang-ngiang nostalgia lirik lagu nih.

  7. KUNJUNGILAH JUALAN BUKU @ PNM
    BERSAMA YAYASAN PEMBANGUNAN BUKU NEGARA

    Tarikh : 26 Jun hingga 4 Julai 2010
    Masa : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
    Tempat : Perkarangan Perpustakaan Negara
    Malaysia

    Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang program ini berlansung

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s