BATU-BATU DI JALANAN

Batu-Batu Di Jalanan

ANTOLOGI ‘Batu-Batu Di Jalanan’ ini mengumpulkan pemenang sembilan buah karya Kategori Cerpen Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan yang disiarkan dalam pelbagai media sepanjang 2008.

Judul ‘Batu-batu di Jalanan’ tersebut ialah karya Salman Sulaiman yang mengangkat isu perjuangan bangsa Palestin membebaskan tanah airnya daripada cengkaman tentera Yahudi. Selain itu, tiga buah cerpen yang memenangi hadiah utama iaitu  ‘Dari Kalbu Turun ke Kalbu’ oleh Ibnu Ahmad al-Kurauwi mengenai pendermaan organ, cerpen ‘Teman, Cukuplah Kami’ tentang pentingnya nilai mentaati suruhan agama sebagai pakaian diri oleh Ummi Hani Abu Hassan dan cerpen ‘Delusi’ oleh Alias Ismail mengenai pergolakan jiwa Azharuddin yang bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak profesional.

Selain itu, 5 buah cerpen yang turut dimuatkan dalam antologi ini ialah:
5. Avule AidiadhaZanazanzaly
6. Beranda – Normaizura Md. Zain
7. Rindu Berladung di Pulau Duyung – Zanazanzaly
8. Segugus Kyuho untuk CikguGhazali Lateh
9. Tiga Jalur Kasih – Syaidul Azam

10 thoughts on “BATU-BATU DI JALANAN

  1. Salam ukhuwah dan ziarah Farid,
    Nasihat saya, rakam ilmu di kalbu dan bukukan perjalananmu di bumi Kinanah.

  2. tapi doa ustaz pada malam penyampaian HSKU di Panggung Sari tu pun dah turun ke qalbu… bukan mudah nak mendengar doa berkumandang syahdu di tempat yang selalu bergelumang dengan muzikal teater yg ntah apa-apa tu…

  3. Terima kasih,
    Saya yakin keindahannya tidak terletak pada bait-baitnya semata, tetapi terletak pada keikhlasan jiwa pembacanya. Terima kasih kepada urusetia terutama Puan Azah yang memberi percaya.

  4. Salam ziarah Ahmad Yamani,
    Ahlan wasahlan, jemput ke teratak kecil dindingnya buluh atapnya rumbia. Nan molek duduklah bersimpuh, nan jelek tinggalkan jauh.

  5. RMN,
    Salam ziarah. Terima kasih atas kunjungan dan galakan. Saya yakin penulis yang baik tidak akan berhenti menulis. Penulis yang baik akan sabar menanti karyanya disiar!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s