TIDAK SALAH BILIK

ahli Kepezi

Kalau boleh dikongsi, cerpen “Syahadah Mc. Allister” menjadi sejarah yang merakam perjalanan saya yang pertama dalam dunia penulisan kreatif ini. Cerpen tersebut dihasilkan sebagai syarat untuk menyertai Bengkel Penulisan Zaharah Nawawi 2004. Jujurnya saya tidak serius mengikuti bengkel ini. Sekadar pelarian daripada tekanan kerja di Bahagian Buku Teks, Dewan Bahasa dan Pustaka ketika itu.

Berbekalkan kekerdilan cerpen pertama, “Syahadah Mc. Allister” saya sudah menjangka akan teruk ‘dibasuh dan dicucuh’. Malah membandingkan cerpen-cerpen yang ditulis oleh penulis-penulis hebat seperti Kholid Hamzah, Beb Sabariah, W.B. Rendra, Serunai Faqir dan rakan lain ketika itu menyebabkan hati terasa begitu berat, jiwa terasa kecil bagai dikerat-kerat.

Sesal di hati terngiang-ngiang, terasa bagai tersalah masuk bilik. Saya hampir-hampir merusuh nak pulang! Namun berkat semangat untuk belajar dan dicabar, saya tutup telinga menelan sabar. Barangkali kerana pahitnya sabar itu menjadi semanis saat ini. Saya beritahu kepada adik-adik dan rakan-rakan yang mahu belajar menulis, belajarlah dengan guru. kerana berguru itu kepalang ajar!

Sehubungan itu, ambillah peluang untuk menyertai Bengkel Kepezi 2009 (bengkel penulisan fiksyen genre cerpen) yang akan diadakan pada 1-2 Ogos di DBP Kuala Lumpur. Setiap peserta dikehendaki menghantar sebuah cerpen (8 halaman langkau 2 baris bersaiz 12) kepada Zaharah Nawawi menerusi nemoku@tm.net.my  beserta maklumat peribadi (sebagai tempahan tempat). Tempat terhad (hanya 20 peserta). Bengkel akan dibimbing oleh Zaharah Nawawi dan Dr Mawar Shafei. Yuran cuma RM 300, dan saya yakin anda tidak akan tersalah bilik bengkel!. – al-Kurauwi

14 thoughts on “TIDAK SALAH BILIK

  1. Zul – aki, ki, ki,..

    SF – Terima kasih, kerana memujuk 5 tahun dahulu!

  2. salam.
    Cerpen pertama saya juga mengalami nasib sama dlm MPR 2000. Namun tetap saya tabahkan hati. Betul ustaz kita kena berguru. Dan saya berguru di kedai kopi. he he he

  3. Di kedai kopi pun berguru juga, tetapi tengoklah orangnya siapa. Jangan dengan mamak sudah.🙂

  4. salam,

    setuju, ilmu itu pada guru. terima kasih ustaz, taujihat ustaz beri saya inspirasi. kabut di depan mata juga sudah kian menyisih, syukran lillah. moga terus teguh.

  5. Tinta Qubnani,
    Ya, kata hukamak, belajar tanpa guru itu, belajar dengan ‘syaitan’

  6. Ustaz,
    Sejak dahulu (permulaan berkhidmat di DBP) hingga kini saya hanya menguruskan dan membuka ruang serta peluang buat insan untuk menyertai dan terlibat dalam bengkel @ kursus penulisan pelbagai peringkat walau hanya secara kecil-kecilan dan sederhana. Cukuplah berkhidmat untuk memajukan insan lain untuk berjaya dalam bidang ini, tugas inipun satu kejayaan yang tersirat.

    Tertarik dengan kata-kata Ustaz… ” Malah membandingkan cerpen-cerpen yang ditulis oleh penulis-penulis hebat seperti Kholid Hamzah, Beb Sabariah, W.B. Rendra, Serunai Faqir dan rakan lain ketika itu menyebabkan hati terasa begitu berat, jiwa terasa kecil bagai dikerat-kerat.” – Salah satu nama yang amat prolifik kini merupakan Sdra. Wahyu Budiwa Rendra yang amat dikenali, beliau antara sasterawan muda yang hebat kini. Tapi Ustaz pun memang dah hebat dengan pelbagai karya yang bermutu dan mendapat tempat. Tahniah.

  7. Saudara Rusdi,
    Saya membawa sebuah analogi mudah tentang pengharaman arak dalam Islam: Sabda Nabi:

    “Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :- Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)[3]

    Begitu jugalah dengan ganjaran terhadap kebaikan yang telah saudara lakukan demi membantu atau menyumbang kepada kelahiran penulis-penulis baharu.

    Saya yakin, walaupun saudara bukan penulis dan bukan juga pembimbing, namun saudara menjadi penyumbang (seperti yang disebut oleh hadis tersebut) saudara tetap akan mendapat pahala amal jariahnya! Amin.

  8. Ustaz,
    Terima kasih atas analogi itu. Berkhidmat kerana kerja hakiki serta yang utama kerana MINAT, CINTA DAN SAYANG DALAM BIDANG ini; jika dah minat, cinta dan sayang akan bidang ini maka berusaha dan bekerja sebaik mungkin untuk kebaikan semua yang mampu.

    Kawan pun ada menulis sikit-sikit tapi tidak konsisten… cukuplah dengan membantu penuh insan yang gigih ingin menulis karya kreatif. Alhamdulillah.

  9. Yalah masa itu saya pun tak tahu apa-apa main redah jek, cerpen pun tak bawa orang lain semuanya ada,malamnya pula saya dan zul tidur di asrama sebelah DBP sewanya dah lupa berapa harganya,tapi semuanya menyeronokkan kenangan itu memang tidak mudah dilupakan.

  10. Saudara Amir,
    Saya masih tak boleh lupa dengan tangisan Soo Cham yang membaca cerpen bertajuk ‘Air Mata Ibu’nya. Cerpen itulah kemudiannya diangkat menjadi novel sehingga berhasil diangkat oleh ITNM pula kepada ‘The Mothers Tears’ Bila pula Saudara Amir nak menulis novel?

  11. Salam Bonda Azmah,
    Terima kasih bertandang ke gubuk buruk anakanda. Sering membaca cerpen Bonda dan mendengar celoteh Bonda di KEPEZI, tak sampai hati nak menyapa. Sesekali datang ke DBP, carilah anakanda. Nanti anakanda hadiahkan sebuah Kumpulan Cerpen yang mengandungi catatan ‘Salah Bilik’ itu.🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s