DIALOG 1 MALAYSIA, HANGAT

logo_1malaysia

Ulasan Datuk Hasan Ahmad, mantan Ketua Pengarah DBP tentang gagasan 1 Malaysia sangat menarik sewaktu memberikan pandangan dalam Dialog DBP Bersama Ilmuwan dan Karyawan Sastera:

“Perpaduan bangsa tidak boleh dijelmakan melalui slogan. Malah PM sendiri mengakui bahawa gagasan 1 Malaysia tersebut bukanlah suatu yang baharu.  Pemimpin harus sedar, usaha-usaha memupuk perpaduan bangsa ini sudah bermula sejak tuntutan kemerdekaan tanah air lagi malah lebih berkesan diaplikasikan melalui dasar-dasar kebangsaan yang diperkenalkan sejak dahulu itu seperti Dasar Bahasa, Dasar Pelajaran Kebangsaan 1956, Dasar Budaya Kebangsaan 1971 dan juga Dasar Ekonomi Baharu.”

Prof. Madya Dr. Hashim Ismail turut menambah bahawa budaya mencipta slogan dalam kalangan pemimpin kita seakan-seakan menjadi trend setiap kali pemimpin baharu memegang tampuk pemerintahan. Lebih ironi lagi apabila mereka melontar lebih dahulu slogan kemudian barulah tercari-cari akan definasinya.

Majlis tersebut telah diadakan pada 30 Jun 2009 (Selasa) di Sanggar Za’ba, Tingkat 1, Menara DBP. Majlis yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Termuzi bin Haji Abdul Aziz bertujuan untuk mendapatkan maklum balas, cadangan, pandangan para ilmuwan dan karyawan sastera tentang usaha pembinaan dan pengembangan sastera kebangsaan, baik di dalam atau di luar negara, serta sumbangan dan peranannya dalam pembinaan negara bangsa, terutama menanggapi gagasan YAB Perdana Menteri kita, iaitu 1 Malaysia”.

Kelihatan karyawan yang hadir antaranya ialah Utaya Sankar, SM Zakir (PENA), Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah (KEMALA), Puan Mahaya Mohd. Yassin (PEN), Encik Malim Ghozali, Prof. Dato’ Dr. Siti Hawa Salleh, Prof. Madya Dr. Azizah Hamzah (UM), Prof. Madya Dr. Nor Faridah Abdul Manaf, Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas (e-Sastera), Encik Mohamad Saleeh Rahamad (UM), Zaharah Nawawi, Anuar Mansor dari ITNM dan lain-lain – al-Kurauwi

 

7 thoughts on “DIALOG 1 MALAYSIA, HANGAT

  1. Apa ada pada slogan andaikata pengertian dan maknanya tidak terisi dengan sewajarnya. Pertemuan ilmuwan dan DBP itu hanya satu perbincangan yang membawanya bersama-sama angin selatan…harap2 arah tujunya benar2 mendinginkan…

  2. Slogan 1 malaysia merupakan retorik politik semata2,tiada apa yang hendak dibanggakan…jelas gagasan ini tidak berjaya kerana islam tidak diutamakan dan dijadikan sbg dasat utama..

  3. Saya pernah terbaca juga. Yang Israel pernah guna slogan One Israel suatu ketika dahulu. Adakah ini suatu kebetulan?

  4. Saya fikir istilahnya sahaja sama tetapi ideanya berbeza. Saya baca di Wikipedia begini bunyinya:

    “One Israel was formed by Labour Party leader Ehud Barak in the run up to the 1999 elections with the aim of making the Labour Party appear more centrist and to reduce its secularist and elitist reputation amongst Mizrahi voters.

    After the party’s collapse, Barak was investigated following allegations that the One Israel had broken the party funding law by allowing money from abroad to be directed into campaign funds through non-profit groups in order to get around spending limits. State Comptroller Eliezer Goldberg had already fined the party 13 million shekels for breaking fundraising laws.[2] It later became known as the “Barak Organisation Affair”.

    Wallahu a’lam

  5. Mungkin saya boleh setuju istilah sama tapi idea berbeda, tapi hakikatnya 1 malaysia ini tidak akan tercapai matlamatnya jika tidak dilaksanakan berteraskan al-quran dan hadis.Kerana Malaysia ini negara malaysia, majoriti rakyat beragama islam tetapi perlaksanaan sehingga sekarang belum mengikut islam secara menyeluruh, ini amat bercanggah dengan perjuagan islam. Jadi pemerintah perlulah mengubah segera dasar tersebut demi mendaulahkan islam didunia ini.

  6. Saudara pemuda,
    Salam ziarah ke blog kecil ini.

    Barangkali kata ‘mereka’, pandangan saudara Pemuda, bukan tidak bagus dalam konteks mendaulatkan al-Quran dan Sunnah kepada orang Islam namun dari sudut praktikalnya terlalu idealis dalam konteks masyarakat majmuk kita hari ini.

    Jauh dari sudut hati, pandangan seperti itu masih lagi boleh dihujahkan kerana wajah Islam itu tidak dipamerkan kepada mereka. Nabi tidak pernah melancarkan gimik satu Arab tetapi meninggikan satu Islam. Wallhu a’lam.

  7. SATU MALAYSIA
    “DUIT” RAKYAT DIDAHULUKAN
    PENCAPAIAN “KRONI” DIUTAMAKAN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s