MENGENANG SALAHUDDIN AL-AYUBI

Maqam Salahuddin al-Ayyubi

REJAB yang sewajarnya diberi perhatian bukanlah kepada ibadah puasanya, tetapi yang seharusnya diangkat ialah tentang peristiwa-peristiwa yang ma’thur seperti pembebasan semula Baitul Maqdis oleh tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583 Hijriah.

Diriwayatkan dalam sebuah kisah yang menarik, setelah Sultan Salahuddin al-Ayyubi berjaya menawan kembali Baitul Maqddis, beliau berjalan-jalan di sekeliling kota. Tiba-tiba beliau disapa oleh seorang lelaki tua beragama Kristian, katanya: “Wahai pahlawan agung, mengapa tuan tidak membalas semula tindakan kejam tentera salib terhadap tentera tuan?”

Jawab Sultan Salahuddin: “Wahai orang tua, agama kami bukan sahaja melarang sifat balas dendam, tetapi sangat menegah tindakan di luar batas perikemanusiaan seperti yang pernah musuh-musuh kami lakukan. Islam menyuruh kami menepati janji, memaafkan kesalahan orang lain dan melupakan kekejaman pihak musuh ketika mereka berkuasa.”

Orang tua itu berkata lagi: “Alangkah indahnya agama tuan! Saya ingin sangat menikmati kehidupan yang indah seperti itu pada sisa-sisa akhir hidup ini. Apakah yang patut saya lakukan untuk memeluk agama tuan yang mulia ini?”

Sultan Salahuddin menjawab: “Lafazkanlah syahadah, beriktikadlah bahawa Allah SWT itu Maha Esa dan Muhammad itu Rasul-Nya. Kemudian kerjakanlah apa yang Allah Taala perintahkan dan tinggalkanlah segala larangan-Nya.” Mendengar penjelasan itu, lelaki itupun terus mengucap dua kalimah syahadah dengan penuh keyakinan. – al-Kurauwi

 

18 thoughts on “MENGENANG SALAHUDDIN AL-AYUBI”

  1. Ustaz,
    Dalam konteks kita di Malaysia, bagaimanakah kita hendak menterjemah kisah Salehuddin Al Ayubi itu dalam kehidupan seharian kita?
    Katalah kita ambil contoh Cheng Peng yang sudah tua itu. Patutkah kita maafkan dia?

  2. Tuan Haji Shapiai,
    Pinjamlah semangat Salahuddin itu yang melarang sifat balas dendam, memaafkan kesalahan orang lain dan melupakan kekejaman pihak musuh ketika mereka berkuasa.

    Itulah ciri-ciri kemuliaan Islam yang sentiasa menundukkan musuhnya dengan akhlak (minda tertawan) sebagai dakwah bil hal. Jadilah pemaaf, hatta kepada seorang isteri, apatah lagi musuh!

    Ah, alangkan Nabi ampunkan umat! :)

  3. MAJLIS ILMU & ISRA’ & MI’RAJ HUJUNG MINGGU INI

    TARIKH : 17 JULAI 2009
    JAM : 7.00PM
    TEMPAT YAYASAN SOFA, N. SEMBILAN
    PENCERAMAH: HABIB UMAR ALJUFFRI/SYEIKH FUAD

    TARIKH : 18 JULAI 2009
    MASA 7.30PM
    TEMPAT: MASJID BAITUL AMAN

    TARIKH :19 JULAI 2009
    MASA: 6.00PM
    TEMPAT : MASJID TAMAN TAR
    PENCERAMAH :HABIB UMAR ALJUFFRI/SYEIKH FUAD

    Keterangan lanjut klik : http://pondokhabib.wordpress. com

  4. SALAHUDDIN AL AYYUBI MEMANG PATUT DICONTOHI SIFATNYA..ANA PUN BERCITA-CITA UNTUK MENGIKUTI JEJAK LANGKAHNYA MENAWAN KOTA BAITULMAQDIS SEMULA YANG PADA MASA INI DIRAMPAS OLEH YAHUDI…ALLAHUAKBAR…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s