MATI DI ATAS MIMBAR

Petra

BUKANKAH manisnya kematian apabila kita mengetahui tarikh kehadirannya. Apatah lagi apabila kematian itu sudah dirancang dengan sebaik-baik pengakhiran ‘husnul Khatimah’ nya.  

Di tempat kerja, saya sering menjadi khatib dan apabila melihat jemaah di masjid tidur saat saya membaca khutbah, ada dua kemungkinan dalam jemala fikir saya; Pertama khutbah yang dibaca tidak jatuh ke hati pendengar. Kedua, jemaah di hadapan saya sedang melayan ‘kematian’. 🙂

Pernah suatu ketika, saat saya membaca khutbah pertama, elektrik tiba-tiba terputus. Pendingin hawa langsung kehilangan fungsi. Bayangkan peluh sudah mereneh hingga ke kaki, tekak perit melaung agar khutbah didengari namun hairan, tiada seorang jemaah pun yang berdiri membuka tingkap dalam haba yang terkedap. Tahulah saya, jemaah rupa-rupanya memang sudah ‘mati’! Lain ceritanya dalam akhbar Harian Metro 11 Julai lalu yang melaporkan di Pulau Pinang, seorang khatib mati di atas mimbar ketika membaca khutbah.

BUKIT MERTAJAM: Jemaah Masjid Lebai Hashim, Bukit Minyak, dekat sini yang mulanya khusyuk mendengar khutbah Jumaat dibacakan Basiri Jamaduin, 79, tiba-tiba tersentak apabila khatib itu jatuh terduduk sebelum menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat serangan jantung, semalam.

Sebelum itu, imam berkenaan baru memulakan khutbah kira-kira jam 1.30 tengah hari apabila beliau tiba-tiba jatuh terduduk sambil memegang tongkat tetapi sempat dipapah jemaah masjid yang menyedari kejadian itu.

Jemaah masjid, Nazri Ahmad, 39, berkata dia berada depan mimbar ketika itu dan melihat Basiri menarik nafas panjang sebelum jatuh, manakala wajahnya bertukar pucat. Jemaah masjid segera menghubungi ambulans untuk menghantar Basiri ke hospital, namun beliau disahkan sudah meninggal dunia.

“Hari ini adalah sejarah bagi jemaah masjid kerana menyaksikan sendiri proses pertukaran imam ketika khutbah dan ia sesuatu yang jarang berlaku. Hari ini kami belajar sesuatu,” katanya ketika ditemui, semalam. Innalillah al-Kurauwi

8 thoughts on “MATI DI ATAS MIMBAR

  1. salam kanda ustaz. kadangkala ren bawa kertas dan pen untuk mencatat intipati khutbah; semahunya mengelak daripada melayan kematian.

  2. Ren,
    Faham dan mencatat sewaktu khutbah, suatu proses belajar. Kanda yakin bukan suatu sia-sia.

  3. Farmillah,
    Subhanallah, kematian bukan sahaja tidak mampu dielak malah tidak mampu dijangka bila saatnya!

  4. Tuan Haji Shapiai,
    Ya, di atas mimbar kebenaran,
    baik kiri mahupun kanan,
    Makmum tiada tempat untuk pergi,
    tiada mampu untuk menutup telinga sendiri!

  5. Salam.. Ren, wah kita sama.. hehe.. dan lebih bermakna kalau tulis semula dlm blog.. cuma belum terbuat

    Cuma lebih baik ‘mati’ depan khatib dari mati depan hidangan lazat tengahari hari jumaat.. sedihnya melihat saudara-saudara kita yg kematian imannya.. semoga mereka peroleh hidayah sebelum Izrail memberi gelaran si mati kepada mereka…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s