JIKA PEMBACA MENILAI

Pena Kencana 2009

DALAM kesuraman dunia sastera tanah air hari ini, barangkali wajar difikirkan idea-idea yang lebih kreatif untuk  mengisi lompong-lompong sastera kita yang lesu sama lesunya usaha terkini untuk memperkasakan  bahasa Melayu setelah dipalit arang oleh bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik . Soalan yang berlegar-legar di kepala saat ini, apakah karya kita terlalu sarat dengan ilmu, terlalu puitis bahasa atau terlalu mengawan kreativitinya sehingga tidak lagi terjangkau oleh pemikiran awam sehingga pembaca di luar menolak dan lebih memilih karya-karya yang lebih ringan dan santai.

Kalau benarlah,  yang demikian itu menjadi halangan, saya terfikir barangkali Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Pak Sako, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, Hadiah Sastera Berunsur Islam, Hadiah Sastera Johor Darul takzim dan sayembara-sayembara lain di tanah air dipulangkan kepada pembaca untuk menilai.  Dalam dunia hiburan, menjadikan ‘orang luar’ sebagai penilai bukanlah suatu yang asing, kalau tidak masakan adanya ‘Raja SMS’.

Dalam dunia penulisan kita mungkin baharu, tetapi bukanlah langsung tidak dibuat orang. Contoh yang terbaik ialah apa yang diusahakan oleh Kompas. Pada awalnya (1992) Kompas menyerahkan kepada ‘Panel Kompas’  untuk mengadili cerpen-cerpen terbaik Indonesia. Hanya pada tahun 2005, Kompas telah mengubah cara pemilihan dengan membukanya kepada pembaca luar untuk menilai. Di mata saya, tidak ada cacatnya jika pembaca menilai. Saya tetap kagum membaca ‘Cinta di Atas Perahu Cadik’ dan 19 cerpen lain yang dibeli sewaktu Bengkel Cerpen Mastera, di Bogor baru-baru ini, walaupun dinilai oleh orang awam.  Malah saya tidak sabar-sabar untuk memiliki 20 cerpen Indonesia terbaik 2009 yang baru-baru ini dimenangi oleh Nukila Amal, berjudul ‘Smokol’.  Malah menurut penerbit Gramedia, 20 Cerita Pendek Indonesia Terbaik Pena Kencana 2009 sudah dicetak buat kali keduanya! – al-Kurauwi

 

10 thoughts on “JIKA PEMBACA MENILAI

  1. Ya, saya sungguh menyokong cadangan Ustaz. Dari apa yang saya faham, cara penilaian 20 Cerpen Indonesia Terbaik ada dua peringkat. Pertama, 20 cerpen terbaik dipilih oleh juri profesional, dan setelah itu, kedua, barulah sistem undian melalui sms oleh orang awam bagi memilih yang terbaik di antara yang 20 itu. (Betulkan saya kalau salah).

    Dengan adanya sistem penilaian dua peringkat begini, dapatlah kiranya mengurangkan fenomena orang sastera berkarya ‘syok sendiri’ dalam lingkaran elitisnya sahaja. Dan moga-moga dengan cara itu dapatlah kembali sastera dimasyarakatkan. =)

  2. Ya Aidil,
    Yang baik elok itu elok difikir-fikirkan bersama. Kata orang hari ini, ditransformasikan.

  3. Ustaz,
    Saya juga rasa tiada salahnya idea ini, malahan idea sebegini juga telah kedengaran bertahun-tahun yang lepas. Malahan tapisan awal oleh panel profesional sebelum diberikan kepada pembaca luar menilai merupakan idea yang baik bagi menjaga mutu sesebuah karya kreatif, mutu tetap perlu dan pasti dipelihara.
    Dalam memasyarakatkan karya kreatif harus dihebahkan (promosi dan publisiti) meluas selari dalam mengadakan idea penilaian berbentuk sebegini.

  4. Terima kasih Rusdi,
    Terima kasih kerana berkongsi idea. Ramai orang yang mencari salah tetapi tidak berani mengemukakan idea. Kata Puan Ainon, sekurang-kurangnya berikanlah kata-kata setuju daripada sekadar memberi isyarat ibu jari.

  5. SF,
    Isu sekarang bukan terbit awal. Banyak buku yang terbit awal, tetapi akhirnya ‘terlalu awal’ dilupakan orang. Yang awal tak semestinya bagus. Yang bagus, kekal berlama-lama dalam jiwa dan mampu pula merubah akhlaknya!

  6. Salam ziarah Nassury,
    Walaupun kita tidak pernah bersua, namun kita bagai sudah lama berkenalan lewat karya-karya saudara. Salam Ramadan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s