SEBAK RAJA NAZRIN

Pelancaran Buku Syed Hussein Alatas015

DALAM ucapan Raja Muda Perak, Raja Nazrin saat memberi ucapan dalam Majlis Pelancaran 3 buah buku hasil karya Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Syed Hussein Alatas di DBP, ada menyebut mengenai  7 wasiat Raja-raja Melayu sebelum Merdeka. 7 wasiat itu adalah seperti yang berikut:-

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, Persekutuan Tanah Melayu.

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50% selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah Negara ini.

5. Kami tetapkan Islam ialah agama Persekutuan.

6. Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan,

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum-Kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Mengakhiri ucapan, sebak menggulati hatinya saat mengenangkan sumbangan Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Syed Hussein Alatas dan barangkali terusik rasa beliau terhadap kemelut negara. Raja Nazrin semakin sebak kemudian memohon hadirin bersedekah dengan al-Fatihah. – al-Kurauwi

 

4 thoughts on “SEBAK RAJA NAZRIN

  1. Salaam. Sdra, di mana boleh saya dapatkan buku-buku Syed Hussein yang baru dilancarkan itu? Adakah ia sudah dijual di DBP?

  2. Ya, Anak Muda,
    Sudah boleh didapati di Galeri Ilmu DBP, Kuala Lumpur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s