ANWAR RIDHWAN SN KE-10

SN Anwar Ridhwan

SAYA tidak ingat mengapa saya dan Sasterawan Negara ke-10 Datuk Anwar Ridhwan sangat girang pada Majlis Penutupan Bengkel Penulisan Novel, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Residence Hotel, Bangi dua tahun yang lalu. Yang saya ingat kuat ialah ilmu dan pengalaman menulis novelnya mengalir deras ke jiwa saya.

Hari ini bukan saya seorang sahaja ingat, malah seluruh rakyat Malaysia akan ingat tokoh Sasterawan Negara yang ke-10 telahpun dinobatkan oleh TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sidang media di pejabatnya di sini sebentar tadi. Ramai yang merisik, saya kata, saya tidak ada jawapannya, namun saya dapat menduga kelibatnya.

Satu yang saya ingat tentang Sasterawan Negara kita yang ke-1o ini ialah kehadirannya yang duduk di barisan hadapan di Masjid Hukama’ menekuni al-Quran sebelum khatib memjak mimbar. Saya sentiasa berdebar setiap kali saya membaca khutbah. Bimbang benar beliau tertidur disebabkan teks khutbah yang dibaca namun tidak.

Mari kita tinggalkan cakap-cakap kosong. Kita doakan beliau berjaya dan terus menyumbang karya buat khazanah negara demi anak bangsa tercinta. – al-Kurauwi

7 thoughts on “ANWAR RIDHWAN SN KE-10

  1. Salam syeikh..

    Alhamdulillah.. akhirnya dinobatkan jua Sn ke-1o setelah kita menunggu lama.. desakan kepada penguasa itu memang perlu.. meski mereka mungkin sekadar menyedapkan rasa kita dan melepaskan belenggu mereka..

    Tahniah kepada Dato.. beliau memang sesungguhnya layak..

    Salam hormat.

  2. Ustaz,
    1. Tahniah buat Datuk Anwar Ridhwan atas kuniaan SN ke-10 tersebut. Beliau memang selayaknya dinobatkan dengan anugerah besar dan penuh makna ini.

    2. Namun… Anwar yang satu lagi walaupun dihina, dikeji, dikutuk, didera dan dizalimi sejak September 1998 hingga kini… beliau tetap gagah, kukuh dan berkarisma! Setinggi gunung tertinggi dunia dan sedalam lautan terdalam dunia sekalipun beliau dikutuk, dihina dan diperlakukan negatif hakikatnya beliau bertambah kuat…! Silap besar jika TPM terus ingin ‘berperang’ dengan beliau… LAWAN TETAP LAWAN!

  3. Hasmora, Rusdi, SF,
    Kata Dato’

    “Dengan ingatan tulus ikhlas saya ucapkan jutaan terima kasih atas ucapan tahniah kepada saya sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-10. Ucapan tersebut lebih mendorong saya untuk terus menghasilkan karya bermutu, Insya-Allah. Saya doakan Allah merahmati kehidupan kita semua. Amin.”

    sms 3/691

  4. anwar ridhwan dengan sesudah perang dan seniman terakhir adalah sasterawan yang layak dapat walau kita menyesal kenapa azizi hj abdullah tidak dihiraukan hanya kerana dia berterusterang dengan poltik pembangkangnya .
    tapi kita tak pertikai anwar ridhwan , ianya seperti ketika keris mas sebagai orang pertama dapat ada yang pertikai keris merampasnya dari pak sako, demikian shahnon yang lebih junior mendahului yang lebih senior spt usman awang dan samad said.
    apapun tahniah kepada anwar setelah 30 tahun masterpiece beliau
    hari-hari terakhir seorang seniman ………
    tapi jangan tidak dipedulikan sasterawan hebat msia yang lain
    spt azizi hj abdullah dan banyak lagi atau seperti suhaimi haji muhammad – lelaki lena di batu …………

  5. Salam ziarah Kiyarkazar,
    Bagi saya, Azizi Haji Abdullah tetap akan menjadi Sasterawan Negara dalam masa yang terdekat. Marilah kita doakan. Beliau Sasterawan Negara yang ditangguhkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s