YANG KEMBALI DAN YANG PERGI

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Pergi Tak Kembali

Yang kembali, Ramadan yang dirindui. Yang kembali – hanya tinggal beberapa detik sahaja lagi – ialah rahmat Rabbi, keampunan Ilahi dan janji pembebasan Tuhan daripada api neraka.

Yang pergi tidak lagi boleh dibilang oleh jari. Yang pergi – hanya tinggal beberapa detik sahaja lagi – tidak sempat menyeluk kantung Ramadan. Yang pergi tidak mengenal insan kawan, lawan, sasterawan, agamawan hatta si syaitan! – al-Kurauwi

13 thoughts on “YANG KEMBALI DAN YANG PERGI

  1. salam,
    saspens juga baca tajuk di atas, ingatkan apa tadi..
    ya lah rindunya ramadhan ini, semoga Allah panjangkan umur, ditetapkan iman dan ditabahkan hati utk mengisi hari2 penuh berkat dan rahmat ini dgn amalan2 yg dituntut-Nya.. insya Allah..

  2. Astaghfirullahal adzim..
    semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama hamba2-Nya yg dikasihi.. dan amalan yg dilabur selama ini menjadi amalan jariah di sana..

  3. Kak Wan,
    Bila insan yang kita sayang tiada di sisi, kita akan kenang hingga ke akhir usia. Kita akan redha atas segala amal dan usaha untuk agama. Buat insan yang kita tidak sayang, sekalipun, belajarlah untuk redha kerana kita tidak rugi apa-apa.

  4. salam jumaat, kanda ustaz. ren tersentuh membaca lirik ini. alfatihah untuk allahyarham ustaz asri. kuntum kemboja untuknya ren titipkan di blog ren.

  5. Ren,
    Ustaz Asr bukan sahaja mengalunkan lagu-lagu yang meruntun kalbu, liriknya juga puitis. Hayatilah dan belajarlah bahasanya.

  6. Salam,
    Tatkala membaca dalam-dalam puisi yang menyentuh hati ini, ingatan dan rindu muncul kembali pada para sahabat yang telah lama pergi. Kita rasa kehilangan, tetapi kita perlu juga meneruskan perjalanan di dunia.
    Kepada saudara, selamat menyambut ramadhan. Mudah-mudahan dengan izin Tuhan, ramadhan ini membawa satu makna yang baru kepada kita.

  7. Salam Kak Ton,
    Perasaan yang sama menggigit hati. Ramai rakan-rakan yang pergi. Terasa maut sudah di celah gigi. Bila-bila sahaja meragut tangkai hati.

  8. Salam Ramadan Niswa,
    Insya-Allah panjang umur, ada beberapa program sedang dirancang selepas Syawal nanti. Niswa boleh turut serta sekali nanti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s