AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN

Ramadan2

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu ‘anhu, katanya: Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Syaaban. Baginda bersabda yang bermaksud:
“Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasa-Nya suatu fardu dan qiam di malam harinya suatu tatawwu’ (ibadah sunat). Barang siapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardu di bulan yang lain. Dan barang siapa yang menunaikan suatu fardu dalam bulan Ramadan maka samalah nilainya dengan orang yang mengerjakan 70 fardu pada bulan yang lain.

Amirul Mukminin Umar Al-Khattab ketika berada di ambang Ramadan berulang-ulang kali menuturkan “Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan” sehinggakan khadam beliau berkata, seandainya manusia tidak mengetahui Ramadan itu nama bagi satu bulan nescaya mereka akan menyangka Umar sedang menunggu seorang lelaki yang bernama Ramadan.

10 thoughts on “AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN

  1. Cantik sungguh tulisan khat itu. Cemburu melihat ada orang dapat menulis khat secantik itu. Namun lagi indah Ramadan ini, sangatlah rugi dan menyesal kalau tidak dapat menghayati ibadat pada bulan ini.

  2. Salam Ramadan, Anuar.
    Seorang sahabat dari Pulau Pinang menge-melkan khat tersebut pagi tadi. Sayang, tidak diketahui sumber khattatnya (penulis khat. Bila ITNM nak buat majlis berbuka puasa?🙂

  3. Ramadhan datang lagi…penantian satu penyeksaan,tp penantian Ramadhan mendatangkan seribu rahmat,Moga kedatangan Ramadhan kali ini dapat menjadikan diri yg kerdil ini terus dekat dan dekat dengan Pencipta Yg Esa,Ya Allah..Berilah kesempatan utk aku merebut nikmat yg dijanjikan olehMu di Ramadhan yg barakah ini…Jadikanlah Ramadhan kali ini nikmat yg terbaik utk seluruh umat yg Engkau pilih…Moga2 kami semua terpilih utk menjadi tetamuMu di Ramadhan yg akan dtg..Amin

  4. Salam, Su,
    Moga Tuhan menyalakan iman kita dengan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Bila nak datang ambil novel “Punya Cinta Ramadan”?

  5. aslammualaikum kanda ustaz.
    lama blog ini menyepi. semoga kanda ustaz sihat2 hendaknya.
    salam ramadan untuk kanda ustaz dan pengunjung blog ini,
    tidak sampai seminggu sahaja lagi.

  6. Wa’alaikum salam Ren,

    Harap-harap yang sepi hanya blog, tidak tuan blog. Sedang mengusahakan novel yang ke-4. Alhamdulillah sudah siap. Barangkali sedang diuruskan prapercetakan.

    Harap Ren juga sedang giat menulis. Moga Ramadan memberi inspirasi dari Ilahi.

  7. Assalamualaikum Ustaz Azman. Salam singgah. Sudah lama tidak menjenguk blog ustaz dan terasa rindu pula untuk menatap apa yang terbingkai di teratak ustaz ini. Salam Ramadan🙂

  8. Waalaikum salam diariungu,
    Terima kasih kerana singgah di teratak sunyi ini. Salam Ramadan. Moga terlerai segala rindu setelah dibedak habuk dan dilorek sawang terawang.

  9. Assalamualaikum Ya Akhi..pertama kali mengunjungi blog ini, terasa ditarik-tarik untuk turut sama menghadirkan diri. Sesungguhnya Ramadhan yang datang sentiasa dinanti dan dirindui..tanda iman membentengi diri..Ke Hadrat ILahi dipohonkan hasrat nan suci..agar Ramadhan kali ini lebih bererti dan dirahmati..

  10. Wa’alaikum salam, terima kasih kerana tumpang ziarah. Salam Ramadan al-Mubarak. Moga Tuhan melimpahkan rahmat yang berpanjangan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s