Beberapa ulama seperti Abu Gharib Al-Asfahani, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Prof. Dr Muhd Uqlah Ibrahim, Syeikh Abdullah bin Baz serta lain-lainnya berpandangan bahawa di samping pahala yang berganda, dosa juga boleh berganda di bulan mulia ini. Walau bagaimanapun gambaran dosa tidak digambarkan dalam bentuk sifat dan angka seperti pahala dalam banyak hadis seperti yang berikut:
“Dan barang siapa yang menunaikan suatu fardu dalam bulan Ramadan maka samalah nilainya dengan orang yang mengerjakan 70 fardu pada bulan yang lain.”
Gandaan dosa datang dalam bentuk sifat sahaja seperti sangat besar, sangat dahsyat dan lain-lain. Kata Syeikh Abdullah bin Baz: Dalam bulan yang mulia Allah gandakan pahala dengan segala kebaikan dan dosa dalam bulan Ramadan lebih besar sifatnya daripada bulan selain Ramadan.
Sebagai jalan terbaik, perbanyakkan amal taat, hindarilah sejauh-jauhnya segala maksiat. – al-Kurauwi.
salam ramadhan dari penuntut di bumi Eire.. blog hopping.. rajin2, lompat laa ke blog hamba.. 🙂
Salam Ukhuwah Jhazkitaro,
Salam ziarah ke blog kecil ini. Juga salam Ramadan dari tanah air yang barangkali semakin kuat dirindui ini.
Salam singgah,
Terima kasih, saya baru tahu tentang hal ini. Moga mendapat keberkatan.
Ahlan wa sahlan Khairulhak(q),
Salam ziarah ke blog kecil ini. Moga ilmu yang sedikit dapat dimanfaatkan di sini. Rajinlah berkunjung.
salam. bleh x bagi hujjah yang mengatakan memang dosa dilipatgandakan sempena ramadhan. kalau ada ulama’ yang kata cam gitu, mana- mana pun bleh cari sbab byaak khilaf. harap paham..
Salam ziarah Zul,
Apakah ‘khilaf’ itu suatu kekurangan? Sedangkan pintu ijtihad terbuka luas.
Bukankah agama ini dibina dengan Athar -istinbat Al-Qur’an dan sunnah serta apa yang diriwayatkan daripada para alim ulama yang membawa kepada maksud syariah. Dengan lain perkataan, mereka tidak memimpin agama semata-mata menggunakan akal kecuali ulama suk. Wallahu A’la A’lam.