SINDROM LENGANGISME

index_8

Walaupun nama Habib Bourguiba – tokoh sekularis yang melarang rakyatnya berpuasa – sudah tinggal catatan dalam sejarah namun cucu cicit yang bermazhab Bourguiba sangat ramai. Oleh sebab itu tidak hairanlah 10 malam yang terakhir Ramadan, masjid dan surau semakin lengang. Tidakkah semua itu mengiakan apa yang didakwa oleh Habib Bourguiba? Tidakkah semua itu petanda bahawa kita memang tidak produktif dalam bulan Ramadan?

10 sebab mengapa masjid dan surau diserang oleh virus lengangism.

1. Masjid semakin lengang kerana majoriti umat islam dilanda wabak al-Wahn yakni cintakan dunia takutkan mati.

2. Kita lebih mengutamakan kepada mendirikan masjid daripada mendirikan solat. Menghias luar masjid daripada dalamnya sedang firman Allah Taala:
“Orang yang Kami beri kekuasaan memerintah di bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat baik, dan menegah berbuat mungkar kepada Allah kembali segala urusan”.

3. Kita melayan Ramadan sebagai pelancong bukan sebagai tetamu. Pelancong hanya datang ke masjid sekadar melawat kemudian pulang dengan sekeping dua foto kenangan sedangkan tetamu sifatnya dirai, dikasihi dan dimuliakan.

4. Amalan dalam bulan Ramadan hanya bersifat adat bukan ibadat. Yang datang ke masjid dan surau kerana mahukan keseronokan dan kemeriahan bukan mencari reda, rahmat dan keampunan Allah.

5. Ramadan ditatang tanpa ilmu. Kemanisan Ramadan laksana menikmati sebatang tebu. Manis hanya di pangkal namun tawar di hujung.

6. Gagal mengawal diri, tidak istiqamah dan lemah daya beramal. Terhijab ganjaran pahala dan janji syurga.

7. Ramadan gagal menjadi benteng kepada kemaksiatan. Maksiat melemahkan iman mencairkan amalan. Maksiat juga akan menutup mata hati sedangkan hati adalah pintu hidayah.

8. Radius diri yang buruk. Terbiasa dengan persekitaran yang tidak mendorong menjadikan masjid sebagai tempat iktikaf. Suka berkawan dengan tukang besi daripada penjual minyak wangi.

9. Memimilih imam yang gagal memimpin dirinya dan makmumnya dengan baik. Tidak peduli terhadap kesalahan dalam bacaan, terlalu mengejar rakaat daripada ibadat, dan lain-lain.

10. Kegagalan institusi masjid dan surau memberi idea kreatif, tidak menyediakan ruang dan peluang beribadah, tidak menggalakkan kehadiran jemaah dengan program-program yang berkesan.

Wallahu A’lam. Terasakah Ramadan dahulu sama seperti Ramadan hari ini atau lebih lagi? Apa yang  anda rasa? – al-Kurauwi

14 thoughts on “SINDROM LENGANGISME

  1. salam syeikh.. huhu.. haruuu
    di malam pertama berdebarnyaaa…. jadi imam.. eheh.. org ramai kat belakang.. sampai tak muat surau.. tp mlm2 terakhir rasa gerram pun ada bila hanya tinggal dua saf.. solat zohor dan asar pulak sorang imam dan sorang makmum.. sudahlah pengerusi larang bagi tazkirah..katanya JAWI yg larang..apa2lah asal yang melarang tu bahagia.. salam pulun sepuluh terakhir insyaAllah.. Memintas al-Qadar.. yeahhhh🙂

  2. Ya, pengalaman mnenarik tu.
    Terima kasih membaca Memintas al-Qadar, ilham daripada masjid lengang la tu.

  3. Ghayo kelimo, doh kelek Kelate di Batu tujuh suku, Kg. Salor. Insya-Allah, kawwey gi.

  4. eh mano buleh.. senioriti laa.. demo imey kawe bilal.. hehe.. wi ko kawe witir pun takpo.. deh..

  5. bakpo akaun wordpress kawe x tubik link ek.. keno ejas mano tuh.. payoh la wordpress.. pening perikat baru ni..

  6. kot2 buat terawih kat umah ustaz, nak tidur awal, maklumlah, nak kejar Lailatul qadr.. saya selalu berfikiran positif tetang jemaah kita..

  7. Salam Syawal Fadz,
    Ya, ya, Inna Ba’dho Zonn Ithmun. Sebahagian daripada buruk sangka itu dosa. Sebahagian lagi boleh pahala.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s