KEMUNCUP DI ATAS PADANG

Kemuncup Di Atas Padang

Di atas Padang,
akhlak mereka adalah lalang yang tinggi menjulang;
Lalang yang tumbuh akarnya berduri,
daunnya tegak memiang di tanah lapang.
Tumbuhnya tanpa dibaja dan liar untuk dijaga;
Tegak menongkat tubuh sendiri melata-lata,
mencacatkan mata indera.

Rumput-rumput di kiri dan kanan
turut sama menjulang
sama-sama terumbang-umbang
ke kiri dan ke kanan digerakkan udara.
Sesekali menjulang, kemuncup menggigit peha.
Rumput dan lalang terus leka dan alpa
meninggikan tanah membusutkan koloni.

Padang ini,
akan terus gempa lagi,
melayah datang dengan seribu ujian,
namun langkah tidak harus kehilangan juang.
Katih jangan lagi disesatkan oleh miang lalang.
Khalifah yang matang;
harus bisa mencabut kemuncup itu sambil terus berjalan.

Dedikasi buat saudara-saudaraku di Padang, Sumatera yang rumput mereka sudah perang oleh warna malang – sumber gambar Kareem Mohammed atau Foto Media Ibnu Ahmad al-Kurauwi

Advertisements

10 thoughts on “KEMUNCUP DI ATAS PADANG

  1. Ustaz,
    Tahniah ‘Kemucup di atas Padang’ cerpen di mm. Mesej yang menarik bila dihubungkan dengan kejadian di Padang. Ada hikmah buat kita ummat Islam.

  2. Terima kasih Hani,
    Terima kasih kerana memberi perhatian terhadap cerpen ini. Kami menunggu ‘buah tangan’ daripada Hani ke dada akhbar pula selepas ini.

  3. Terima kasih Tuan Haji Shapiai,
    Ya hikmahnya bukan untuk mereka sahaja, bahkan untuk kita juga. Terllau banyak nikmat yang kita peroleh.

  4. Saudaraku Marsli N.O,
    Saya sedang meminjam semangat saudara untuk melahirkan cerpen-cerpen yang bersifat kritis terhadap masyarakat.

  5. Assalamualaikum

    Apa khabar ust? Di sini saya ingin menjemput ust untuk menyertai simposium warisan dan tamadun islam anjuran jabatan saya. untuk maklumat lanjut, ust bolehlah melayari blog di bawah.

    http://simposium09.blogspot.com

    Penyertaan daripada pihak ust amatlah diharapkan.

    Terima Kasih.

  6. Terima kasih Nies,
    Insya-Allah jika tidak ada aral akan cuba memenuhi. Salam ziarah.

  7. salam ziarah,
    2 kali saya ulang baca cerpen ini.menginsafkan!.
    bagi saya yang masih merangkak-rangkak dengan bahasa sastera, merasa tertarik tapi sejujurnya masih gagal memahami maksud yang tersirat.maksud kesuluruhan saya faham tapi rasanya masih tidak puas kerana gagal memahami bait demi bait.mahu saja minta ustaz terjemahkan satu persatu agar dapat bersama-sama menyelaminya . tak kenal maka tak cinta. benih-benih cinta itu yang sedang saya semai agar cintakan bahasa dan dunia sastera sentiasa mekar. diskusi bersama rakan yang lain , ada yang mencubz namun tewas malah ada juga yang menutup erat pintu hati. saya hanya tersenyum kerana ianya seolah melihat diri saya di dalam cermin. tahniah dan teruskan usaha dakwah ustaz. Bangga mempunyai guru seperti ustaz.

  8. Hazlina,
    Terima kasih kerana membaca dan berusaha untuk memahami. Membaca dan belajar untuk faham sebahagian daripada proses belajar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s