BELAJARLAH MENDENGAR

Everly Resort Hotel

Bila kupohon agar kaumendengar ceritaku,
Lantas kaumulai berikan aku nasihatmu.
Saat itu kau sebenarnya tidak memenuhi permintaanku.

Bila kupohon agar kaumendengar ceritaku,
lantas kaurasai bahawa kau perlu melakukan sesuatu.
Demi menyelesaikan permasalahanku,
kau telah merendah-rendahkanku,
Keanehan pun mulai terasa.

Bila kupohon agar kaumendengar ceritaku,
Lantas kaumulai berkata:
“Tidak sepatutnya kaumerasai sebegitu”
Saat itu, kau telah menginjak-injak perasaanku.

Dengarlah!
Hanya ini pohonku,
Usahlah berkata, usahlah lakukan sesuatu,
Yang kumahu, tolonglah dengari bicaraku.
Bukankah kata-kata itu terlalu mudah?
Bila kaulakukan sesuatu untukku,
sesuatu yang perlu dan bisa kulakukan sendiri,
Kau hanya menambah ketakutan dan kekurangan diriku.

Tolonglah! Ku pohon daripadamu,
Tolonglah dengar kata-kataku.
Andai kau ingin berbicara,
Tunggulah! akan tiba giliranmu,
Dan akan kudengar kata bicaramu.
Sayang pintaku, belajarlah mendengar.

Petikan nota “Kemahiran Mendengar”, Kursus Pembimbing Rakan Sekerja (AKRAM) Tahap II, di Everly Resort Hotel, Melaka 13-16 Oktober 2009. Gambar menghadap langit lazuardi, laut zamrud saat matahari membusur ke bumi – al-Kurauwi

6 thoughts on “BELAJARLAH MENDENGAR

  1. ustaz, dalam prinsip kaunseling kemahiran mendengar yang paling utama sedangkan dalam kehidupan sehari-hari kita selalu mementingkan kemahiran menjawab. ada orang komp[lain – kena pandai jawab. hari ini mencari sahabat yang boleh mendengar bukannya mudah… pekerja sosial macam saya lebih-lebih lagi – dan ketika ini saya memerlukan seseorang yang boleh mendengar…

  2. Kholid,
    Kesukaran bukan hanya pada mencari sahabat yang boleh mendengar, malah turut sukar mencari seorang suami yang boleh menjadi pendengar yang baik kepada isterinya. Akhirnya rumahtangga menjadi dingin, bosan dan 1001 macam masalah. Jadilah pendengar yang baik dan Kholid, saya sedang berusaha ke arah itu, ceritalah.

  3. Betul saudara Marsli N.O,
    Membaca dan nendengar kena diam, kalau bising, mulut ‘dicuka’ orang!

    Apapun, suka baca puisi saudara, kalau sudi, ajarkanlah kami puisi-puisi yang baik tentu ada tips-tips untuk menulis penuisi yang baik berasaskan pengalaman saudara.

  4. terkadang rasa kecewa dengan kawan yang tidak mendengar dengan baik apa yang hendak disampaikan kepadanya.mungkin memang susah untuk mendapat seorang kawan yang bijak mendengar di zaman ini.saya pelajar tingkatan 4 sekolah khairiah temerloh.saya dah baca di dadanya kalam tuhan karangan ustaz.tahniah……..memang bahasa yang tinggi dan saya agak berminat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s