JAWAPAN KEPADA PUISI RENDRA

Saat Kauhantar Pelangi Pulang,

Telah kauhantar pelangi pulang,
saat dadamu disepuh warna cinta.
Indahnya tidak hanya datang kala siang,
saat malam, mimpi memeluk tidur,
warna cinta pun datang.

Katanya:
“Kanda, jangan lagi melarik pelangi,
kan dinda hias di dadamu warna cinta,
warna yang tidak kan hilang,
baik disiat kulit siang,
mahupun malam berselimut,
dalam dengkur panjang.

al-Kurauwi
30 Oktober 2009

Pelangi

Puisi ini ialah jawapan kepada puisi WB Rendra yang tersiar di akhbar Berita Harian 17 Oktober 2009. Puisinya yang bertajuk “Menghantar Pelangi Pulang” boleh dibaca di sini.

6 thoughts on “JAWAPAN KEPADA PUISI RENDRA

  1. salam kanda ustaz. aduhai, ada jawapan kepada Menghantar Pelangi Pulang rupanya. terima kasih kanda ustaz, atas diksi-diksi yang manis.

  2. Ya, setelah sekian lama menunggu, Ren.
    Tentulah manis apabila ada bibir mulus yang memberikan jawapannya. Barangkali boleh diceritakan ‘warna’ yang manis itu!🙂

  3. Ustaz Azman,
    Selain berpuisi, berteater pun boleh ‘menghantar pelangi pulang’… ya melalui dialog (dalam pilihan kata-kata indah dan bermesej) dan gerak lakonnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s