PERCAKAPAN KALBU KEPADA INDERA

 

i
Atas seperdua sejadah kusam
Kukoyakkan helaian kuras malam
Menjadi lembar sunyi yang menebak nurani
Setelah sekilat hidayah memetir amarah
Kalbu merah membelah sebuah muhasabah
dek pahala amal yang tersejat di kantung maksiat
dek bakti pertiwi bergelumang daki dan karat
Saat diselak fajar dinihari
Segalanya cicir berselerakan di gerbang rezeki
Antara tanah yang subur, hujan pahala yang lebat
dan belut haloba yang melumpur di sebalik nikmat.

Atas seperdua sejadah kusam
Kupeluk sesal di atas bahu malam
Gunung kalbu retak sumbunya dalam gegar gempita
Kubiarkan lahar dosa padam di kolam nasuha
cair di atas puing-puing lensa kerja yang sesia.
Dahulu sehelai baju berkolar biru
menjadi seragam diri meladang nafsu.
Sekuntum bibir tumbuh liar bersari pedu
sebilah lidah ramah menikam fitnah
sepasang tangan sogok meramas ghairah daging merah
sepasang kaki tempang melangkah tanpa arah.

Sebahagian daripada puisi sepanjang 500 patah perkataan.

Puisi2

Usai deklamasi puisi, saat merakamkan terima kasih kepada pendengar, tidak lupa saya ucapkan syukur kepada Tuhan atas kemenangan puisi ini – tempat pertama, Sayembara Mencipta Puisi Kualiti DBP 2009 – dan penghargaan kepada Saudara Sharifullizan Yahya dan Nazira Mohd Noor, kerana memberikan inspirasi dan galakan agar tidak patah semangat untuk menulis setelah tiga kali mencuba. Sesungguhnya kita masih belajar menulis puisi. – al-Kurauwi

8 thoughts on “PERCAKAPAN KALBU KEPADA INDERA

  1. Waalaikum salam Ren,
    Janganlah macam tu, Kanda sebenarnya sedang belajar meneliti bait-bait puisi Ren. Tiadalah hebat mana berbanding puis-puisi Ren yang sudah menempah tempat di dada akhbar. Izinkan Kanda belajar. Curahkanlah!

  2. kanda ustaz, ren jua sentiasa belajar dari semasa ke semasa. banyak yang perlu diperbaiki. melalui karya-karya kanda, banyak yang ren perolehi terutamanya rentak dan gaya bahasa kanda.

  3. Ren,
    “Melalui karya-karya kanda, banyak yang ren perolehi terutamanya rentak dan gaya bahasa kanda.”

    Ya, marilah sama-sama kita belajar.

  4. Assalamualaikum,
    Terlalu lama tidak bertandang ke sini. Setiap kali menyinggah, nampaknya pasti ada sesuatu yang baru. Alhamdulillah, baguslah. Memang sangat menarik melihat gaya penyampaian al-kurauwi. Mesej yang berat tersirat dalam ayat yang disurat. Insya Allah saya akan dapatkan Di dadanya kalam tuhan dan Insyirah.
    Teruskan! Semoga dirahmati Allah selalu.

  5. Terima kasih Dr. Hasanah,
    Terima kasih atas ziarah. Sokongan daripada rakan-rakan seperjuangan bak sumbu yang menjadi jambatan di antara minyak dengan api.

  6. Salam,

    Ustaz, tahniah🙂 Mabrouk!🙂

    Tapi, yang puisi penuh, mana boleh didapatkan, Ustaz?🙂

    Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s