PAK AZIZI YANG MUDA

4[1]. Ibnu Ahmad Al Khurauwi, penulis muda yang mempunyai potensi baik. Pegawai DBP.

BERTEMU dengan Pak Azizi Abdullah yang muda, jiwa saya terasa tua. Tahun depan Pak Azizi akan berusia 68 tahun, namun jiwanya masih muda malah mampu beristeri muda kalau mahu :)  Rambut masih hitam, uban bertompok manis di jemala, kumis dan janggut nipis berlaga, tubuh segak, menapak tegak siaga. Walau mata berkaca, namun dalam bicara ada kalam pendeta ada gurau cendekia.

Dari Garis Lintang Anak Haram (1968) hingga ke novel terbaharu Daerah Beta, Pak Azizi sudah menghasilkan 32 buah novel dan 200 buah cerpen. Betapa kerdilnya, saya di sisi Pak Azizi yang punya tenaga menulis luar biasa. Jika novel beliau yang pertama pada tahun 1968 – saat benih belum disenyawakan – dan yang terbaharu pada tahun 2009, beliau sudah menulis selama 41 tahun. Ini bermakna, sejak tahun 1968 purata sebuah novel lahir ialah setahun setengah. Simpul saya: “Andai mahu menjadi Pak Azizi yang sentiasa muda, letakkan jiwa anda di atas mata pena.”

Kata Pak Azizi di blognya: “Ibnu Ahmad Al Kurauwi, penulis muda yang mempunyai potensi baik. Seorang penulis muda yang berbakat. Pegawai di DBP. Menemuinya di Galeri Ilmu DBP, menghadiahkan kumpulan cerpennya yang terbaharu; “Di Dadanya Kalam Tuhan”. Terima kasih kerana hadiah buku dan CD Tulisan Jawi.”  Aduh, saya tiba-tiba terasa muda semula! – al-Kurauwi.

6 thoughts on “PAK AZIZI YANG MUDA

  1. Abang Zul,
    Muda saya tak terbanding dengan muda Abang Zul. Muda dan cute lagi. Aki, ki, ki..

  2. rahsia menjadi muda adalah bertolak dari jiwa..biar kita dilihat muda pada diri, bukan karya…satu lagi, kalau nak rasa muda, kahwini yg muda…atau yg remaja..hihi ! betui dak ustaz ?

  3. Salam ziarah Abang Shukri,
    Setuju, rahsia muda datang daripada jiwa. Seorang kenalan, semata-mata kahwin empat kerana nak rasa jadi muda. Apabila empat isterinya sudah tua, dia masih rasa muda. Tapi tak boleh nak buat apa, hanya menunggu salah seorang isterinya meninggal. Isyh, isyh, …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s