ANTOLOGI CERPEN JAWI

Antologi Cerpen

AKHIRNYA terlerai penantian sekian lama. Sebuah antologi cerpen yang mengumpulkan karya pemenang Sayembara Cerpen Dalam Tulisan Jawi 2007 yang memuatkan sebanyak 8 buah karya pemenang telah diterbitkan dalam sebuah buku “Antologi Cerpen Kemerdekaan” .

Buku yang diedarkan secara percuma oleh Perpustakaan Negara Malaysia ini memuatkan 8 orang pemenang  iaitu Ibnu Ahmad al-Kurauwi (Sehitam Tinta Jawi Sepekat Cinta Ummi), Muhammad Mukhtar bin Abd Rahman (Warkah), Siti Suhana Muhammad Amir (Suara Pejuang), Muhammad Sharif bin Muhammad Saleh (Mengejar Merdeka), Siti Suhafzan bin Syed Ibrahim (Bezanya Kali Ini), Wahyu Budiwa Rendra (Sepucuk Warkah  Sejarah Maruah), Suryani binti Nayan (Karung Merdeka) dan Syafiq bin Zulkifli (Sebuah Rahsia Merdeka).

23 thoughts on “ANTOLOGI CERPEN JAWI

  1. Ustaz Syafiq,
    Semua pemenang akan dapat secara percuma. Barangkali dipos ke alamat masing-masing. Elok hubungi terus pegawai PNM, Puan Azila 03 2687 1700

  2. Setuju,saya angkat dua belah tangan nih.
    Saya sokong cadangan Ustaz Jeehan. Ada siap-siapa lagi yang sokong? Ustaz boleh hubungni Puan Azila di atas bertanya.

  3. Harap dapat hubungi Puan Azila 03 2687 1700, secepat mungkin. Ustaz ada ekstra, kalau nak. Datang tak, Pertemuan Penyair Nusantara, Jumaat ni?

  4. Asmk Ustaz,
    Amboi Ust, utk adinda Rendra je ke? Untuk saya takde ke? hehehe. Takpe Ust nanti saya minta sendiri dgn Puan Azila ye.

  5. Tak mengapa Sue,
    Nanti Kanda tolong ambilkan sama, ya Dik Su. Cadang nak ke PNM hari ini.

  6. salam kanda ustaz. terima kasih. insya-Allah bersua nanti. rasa bangga bila ada antologi karya tulisan jawi. dan ada yang berminat memilikinya. mudah2an antologi ini sampai kepada sasaran pembaca.

  7. Hari ini saya ke PNM. Ambil antologi di sana. Tidak terserempak pula dengan Ustaz Azman.

    Difahamkan juga bahawa karya ini hanya berada di perpustakaan sahaja.

    Fikir saya, mengapa Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bersama-sama turut serta dan mampu diedarkan ke seluruh sekolah Malaysia.

    Niat saya, mahukan tulisan jawi dihargai.

  8. Ya Syafiq saya ke PNM tengah hari tadi, singgah sekejap ambil antologi untuk Rendra dan Siti Suhana. Tak ada jodoh kita berjumpa. Harap dapat jumpa Jumaat ni.

  9. Rendra,
    Kalau setakat duduk di PNM, tak jauh berjalan antologi tu. Harap-harap dapat juga diedarkan di perpustakaan daerah seluruh negara.

  10. Ya, Dik Sue,
    Kita tidak akan jemu mencedok ilmu Tuhan yang luas bak lautan itu. Luasnya masakan terbanding dengan setitis air yang jatuh daripada sebatang jari yang kita celupkan itu.

  11. Alhamdulillah, saya pun dah dapat satu naskhah buku tu yang dihantar oleh PNM tapi masih belum membelek dan menelaah semua cerpen yang ada.

  12. Salam kunjungan Ilham,
    Tahniahlah, harap-harap ada lagi sayembara begini selepas ini.

  13. Tahniah untuk ustaz juga. Banyak juga permintaan untuk jadikan buku tu sebagai edaran ke perpustakaan daerah dsb. Agaknya kita boleh buat surat cadangan ke, ustaz?

  14. Di mana saya boleh dapatkan buku ini?…dan ada lagi tak buku-buku di dalam tulisan Jawi?…lagi satu, Kenapa Malaysia kurang menerbitkan buku-buku tulisan Jawi?

  15. Salam Muhammad Saufi,
    Buku antologi cerpen ini boleh tuan dapati dari Pusat Manuskrip, Perpustakaan Negara Malaysia. Malaysia kurang menerbitkan kerana kurang permintaan daripada syarikat penerbitan dan lemahnya pembaca membaca Jawi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s