MAHU JADI PENYAIR

SEMENJAK DUA ini, sudah ghairah menulis puisi. Namun sekadar menulis lima enam buah puisi, belum tentu boleh menjadi penyair. Sekadar mendeklamasi sebuah dua puisi, belum tentu boleh menjadi penyair. Sekadar dua tiga buah puisi yang terkeluar di akhbar dan majalah, belum tentu boleh menjadi penyair. Sekadar termenang sebuah dua puisi,  belum tentu boleh menjadi penyair. Sekadar berkawan dengan penyair-penyair dan terbit sebuah dua antologi puisi, belum tentu boleh menjadi penyair.

Apakah penyair dapat membantu membawa keamanan kepada manusia dan negara yang yang sedang berperang, memberi maruah dan kemuliaan kepada individu dan masyarakatnya?  Apakah puisi dapat menjadi bahasa sebagai alat yang menghubungi suatu bangsa dengan bangsa yang lain? – SN Muhammad Haji Salleh

Semoga  Pertemuan Penyair Nusantara 2009 yang dianjurkan oleh Persatuan Penulis Nasional (PENA) boleh berkongsi semangat dan ghairah itu. Pertemuan Penyair Nusantara 2009 diadakan bermula 20 hingga 22 November 2009 (3 hingga 5 Zulhijjah 1430H). Tempat pertemuannya berlangsung di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) tidak berseorangan malah mendapat kerjasama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) , Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITMN).

2 thoughts on “MAHU JADI PENYAIR

  1. …lebih malang lagi, kalau tidak ada satu pun daripada segala yang tersenarai tu… sekurang-kurangnya ada salah satu sudah memadai…maknanya sudah ada niat dan iltizam untuk mengakrabi dunia perpuisian, alhamdulillah…

  2. Terima kasih, Edolah,
    Harap-harap bantuan dan nasihat tuan menyemarakkan lagi dunia perpuisian kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s