SESAT DI MINA

YA, TAHUN  itu, tahun yang sangat muda kami di bumi anbia.  Rupa-rupanya Tuhan tidak memilih siapa yang tua dalam kalangan hamba-Nya untuk menjadi tetamu. Syukur antara sekian ramai pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mu’tah Jordan, 1994 itu, kami berdua (Mohd Syukri Sudin) menjadi pilihan pensyarah sedang kami hanya siswa Bahasa dan Sastera Arab.

Terlalu banyak kenangan menjadi tetamu Tuhan saat memeluk manasik Haji, cita cinta sang hamba itu. Kenangan yang terindah apabila kami sesat mencari khemah Jordan di Mina setelah sepenuh jiwa membontoti langkah sahabat-sahabat Arab serombongan itu. Kami berlima berpecah dengan sahabat-sahabat lain yang percaya jalan yang lurus ke Mina itu tidak akan menyesatkan.

Barangkali kerana tidak mempercayai kebolehan orang ajam, Tuhan sesatkan kami semua hatta berjam-jam menapak debu jalan.  Setelah kelelahan melepas penat di bahu jalan, setelah perut berkocak dengan air mineral sebotol di tangan, setelah malam meninggalkan kami hanya dengan bintang dan bulan,  mereka pun lepaskan kepercayaan. Dan Tuhan segera tunjukkan jalan.

Alhamdulillah, bagi sahabat-sahabat yang Tuhan masih lorongkan jalan, Selamat Hari Raya Aidil Adha. Moga Tuhan pinjamkan kita semangat pengorbanan. – al-Kurauwi

 

2 thoughts on “SESAT DI MINA

  1. Salam ziarah Wardah Munirah,
    Salam ziarah ke blog kecil ini. Kisah yang baik, biarpun pendek, molek kita kongsi-kongsikan. Yang buruk, walaupun kecil, wajar kita kesampingkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s