JIKA INSYIRAH TIDAK BERLAMPIN

i

HARI PERTAMA si Insyirah saya tidak berlampin pakai buang hanya bertahan setengah jam sahaja. Selepas itu, kami mengesan ada bau di seluarnya lalu cepat-cepat kami pakaikan semula.  Yang lebih menghairankan, tempat ‘perlepasannya’ itu gagal dikesan! Barangkali kerana bosan digogah oleh mama dan walidnya setiap minit: “Insyirah, nak buang air atau tidak?”, “Insyirah, buang air nanti di mana?” “Tandas!” jawabnya sepatah. 

Membanding si bongsu ini dengan kakak-kakaknya, Insyirah yang berusia tiga tahun lebih itu, agak mendahulu.  Mahu mencuba, cepat rimas dengan kantung yang menggonggong punggungnya. Lebih-lebih lagi apabila berisi. Namun masih ‘jijik’ untuk membasuh sendiri. Jika Insyirah tidak berlampin, mama, walid dan Insyirah sendiri jadi pening!

ii

Alhamdulillah ‘INSYIRAH’ saya yang terbit awal tahun 2009 lalu sudah habis di pasaran. Usaha untuk mencetak semula sedang diuruskan oleh DBP. Begitu juga dengan Kumpulan Cerpen saya ‘Di Dadanya Kalam Tuhan’. Alhamdulillah kedua-dua buku ini telah diluluskan oleh Perpustakaan Negara Malaysia bagi pembelian buku di bawah Dana Penulis 2009 sebanyak 1089 naskhah bagi setiap judul. 

Selain itu, saya yakin faktor sokongan sahabat-sahabat sekalian atas kedua-dua buah buku ini, mendorong buku ini diterima dengan baik. Saya percaya, kedua-dua buku ini laris kerana dipakaikan ‘lampin’. Saya tidak boleh bayangkan bagaimana ‘Insyirah’  dan ‘Di Dadanya Kalam Tuhan’ tidak lagi ‘dilampinkan’ selepas ini. Dengan kulit yang baharu selepas ini, harap rakan-rakan yang masih lagi belum mendapatkan kedua-dua buah buku ini meneruskan sokongan dengan membeli.

2 thoughts on “JIKA INSYIRAH TIDAK BERLAMPIN

  1. assalamualaikum ustaz,

    insyirah ustaz ke ni? comelnya. saya masih belum memiliki kedua-dua buku ustaz yang laris di pasaran tu, tetapi saya telah menghayati novel tinta elipsis. bahasanya cantik sekali dan jalan ceritanya boleh tahan.

  2. Nurrun,
    Terima kasih kerana memberi sokongan kepada Tinta Elipsis. Jika singgah ke DBP, hubungi saya, saya akan menawarkan harga Novel ‘Insyirah’ dan Kumpulan Cerpen ‘Di Dadanya Kalam Tuhan’ dengan harga istimewa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s