SALAM HIJRAH 1431

Permulaan penggunaan kalendar tahun Hijriah dimulakan  oleh Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Sayidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As’ari telah mengirim sepucuk surat kepada Sayidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau mahukan satu kalendar yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa Arab dan bangsa lain pada zaman itu.

Dalam kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Parsi, Kalendar Rom dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah SAW untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan takwim Islam iaitu peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Sumber penuh di sini

Selamat ‘berhijrah’ kepada pengunjung blog Ibnu Ahmad al-Kurauwi. 

8 thoughts on “SALAM HIJRAH 1431

  1. Salam Hijrah Rusdi,
    Moga amal ibadah dan tugasan kita terhadap organisasi lebih baik daripada tahun lalu.

  2. Terima kasih Kak Zaiton,
    Mari kita mulakan dengan niat yang ikhlas, usaha tanpa putus akan membuahkan kejayaan, Insya-Allah.

  3. Salam hijrah, doakan saya berhijrah menjadi seprolifik saudara…12 tahun lalu tatkala menerima anugerah pelajar terbaik Sijil Seni Kreatif di USM, saya berazam untuk prolifik dalam dunia yang saya cintai ini…namun tetap mejadi SEKALI-SEKALA seperti hari ini.

  4. Sahabatku Nolida,
    Salam Hijrah 1431. Walaupun saudara menulis sekali-sekala, hasilnya tetap lumayan.

    Teruskan menulis, moga semangat tahun baharu ni, menghasilkan hasil yang lebih lebat selebat flora dan fauna negeri di bawah bayu itu.

  5. Salam Hijrah 1431.
    Ada 5 perkara yang saya akan doakan buat adik:

    1- Moga jadi best student.
    2- Moga jadi yang lebih baik, lebih penyabar.
    3- Jadi yang terbaik di kalangan yang terbaik!
    4- Moga aktif dalam aktiviti dalam dan luar kampus
    5- Moga perasaan dan hati bersemangat baru.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s